SEMANGAT muafakat pemimpin kerajaan di daerah Besut dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan ketika menghadapi krisis kesihatan berpunca daripada virus COVID-19 sehingga membawa rakyat berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat dihargai oleh penduduk setempat. : KitaReporters

ADUN Jertih Muhammad Pehimi Yusof menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi MPKK, Ibrahim Che Mat untuk mengagihkan bantuan kepada warga emas di Perumahan Pelagat Tiga Seberang Jertih


Gabungan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dari UMNO dan Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Pas, Wan Azhar Ahmad yang kerap turun padang membantu menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penduduk dilihat mampu mengubati orang ramai yang kemurungan akibat berkurung. 

Tiga pemimpin terbabit yang prihatin terhadap denyut nadi rakyat yang sememangnya memerlukan perhatian ketika mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kehidupan disaat negara dilanda wabak yang tidak diundang mereka kerap masuk kampung mendekati rakyat sambil membawa buah tangan.

Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh


Muhammad Pehimi berkata, inilah masanya mereka bermufakat menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat dengan mengenepikan fahaman politik, sebaliknya semua rakyat perlu dibantu dengan apa cara sekali pun.

Katanya, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020 pihaknya sudah mengagihkan bantuan berbentuk barangan dapur, bahan basah dan kewangan kepada penduduk sekitar DUN Jertih.

ADUN Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof


Beliau berkata, sehingga ini sudah 3,000 ketua keluarga di sekitar DUN berkenan sudah menerima bantuan yang dihantar terus ke rumah oleh petugas pejabat DUN,Pejabat Penyelaras dan Parlimen Besut.

Manakala, bakinya, 4,800 ketua keluarga akan turut dibantu secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan kewangan yang ada pada pentadbiran masing-masing.

Pegawai Penyelaras DUN Jertih (PAS) Wan Azhar Ahmad


“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu kerana turut mengagihkan peruntukan kepada ADUN dari UMNO untuk membantu rakyat,” katanya.

Selain itu,katanya, beliau amat menghargai sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) di daerah Besut yang turut sama menggerakkan jentera secara sukarela dalam membatu kerajaan menyelesai kemelut yang melanda sekarang.

“Apa yang penting kami dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira ideologi politik dan inilah masanya pemimpin turun padang menyelami masalah rakyat,” katanya.

Pengagihan bantuan makanan dari rumah ke rumah melegakan penduduk DUN Jertih.


Katanya, disebabkan PKP masih disambung, pihaknya sedang memikirkan apakah bentuk bantuan yang sesuai untuk dibantu terutama bagi umat Islam yang akan menyambut Ramadan yang dijangka jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020, mengikut kiraan falak.

Muhammad Pehimi mengakui beliau amat tersentuh apabila masuk kampung menemui rakyat yang tidak dapat meneruskan pekerjaan harian dan hilang sumber pendapatan akibat PKP.

“Kerajaan akan berbuat sesuatu demi untuk rakyat dan paling penting semua pihak menjaga kesihatan diri masing-masing,” katanya. - KitaReporters

4
7
0
1
0

Copy Link: