BARU-BARU ini rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Hari Raya Korban lebih aman dengan ibadat korban namun korban politik sehari sebelum Hari Raya Korban mewarnai politik negara khususnya negeri Sabah. : OLEH MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM


BARU-BARU ini rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Hari Raya Korban lebih aman dengan ibadat korban namun korban politik sehari sebelum Hari Raya Korban mewarnai politik negara khususnya negeri Sabah.

DUN Sabah bubar dalam suasana tragis dan trailer. Yang trailernya kerana desas-desus isu lompat parti dari ADUN kerajaan menyeberang ke kem TS Musa Aman telah berlarutan lebih dua minggu.

Yang tragisnya apabila kem TS Musa Aman yang membawa 33 orang ADUN sedang menunggu untuk berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri di istana negeri tidak dibenarkan masuk ke istana lewat pukul 5 petang. Tujuannya bagi membentuk kerajaan Sabah yg baru dengan gabungan UMNO, Bersatu, STAR dan PKR.

Rupanya DS Shafie Apdal sudah terlebih dahulu mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN.

Kini DUN Sabah sudahpun dibubarkan. Dalam masa 60 hari selepas pembubaran DUN satu PRN harus diadakan.

Bagi tunggak BN di Sabah ditunjungi UMNO Sabah. Kini UMNO Sabah telah diberikan autonomi untuk memilih calon dan berkerjasama dengan parti-parti lain bagi menentukan kerusi.

Dalam PRU14 dahulu, asalnya DUN dikuasai BN tetapi ia berakhir dgn tragis apabila 6 orang ADUN melompat ke kem DS Shafie Apdal untuk mencukupkan jumlah 35 ADUN bagi mentadbir kerajaan Sabah. Ini selaras dengan kerajaan pusat yang dikuasai PH yang mana Warisan adalah parti sekutu PH.

Kredit foto: The Malaysian Insight


Setelah kerajaan PH pada peringkat pusat hanya bertahan selama 22 bulan, maka kekuatan peringkat negeri di Sabah juga semakin goyah lantaran kerajaan pusat dikuasai PN.

Maka isu lompat parti makin menjadi-jadi sama ada ahli Parlimen mahupun ADUN. Tambahan pula lompat parti sudah menjadi satu budaya di Sabah, bukanlah menghairankan.

Kini mandat diserahkan kembali kpd rakyat Sabah untuk menentukan bentuk kerajaan baru.

Adakah slogan Sabah for Sabahan oleh Shafei Apdal masih boleh menarik perhatian rakyat Sabah yang teruk dikritik isu memberi peluang kepada bukan rakyat Sabah yakni pelarian Filipina utk menikmati keistimewaan dan mungkin jalan mudah diberikan taraf kerakyatan.

Begitu juga rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri menangani pandemik Covid-19.

Tambahan pula kerajaan negeri yg ditunjangi Warisan bukannya kerana kekuatan sebenar semasa memenangi PRU14 dahulu dan juga sentimen menolak kerajaan pusat dan BN serta isu DS Najib dimainkan secara berleluasa.

Kini timbul kesedaran bahawa pengundi telah tersilap pilih. Maka apakah penghijrahan undi akan berlaku ke kem TS Musa Aman yg mana UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan pusat.

Melihat kepada senario ini, jika berlaku penolakan terhadap kem DS Shafie Apdal maka switching yang besar akan memihak kepada kem TS Musa Aman kerana faktor rakyat mahukan kerajaan yang kuat bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Sabah perlukan pembangunan dari dalam dan luar. Oleh itu pelaburan akan datang sekiranya kestabilan diperolehi.

Dengan faktor kerajaan pusat dikuasai majoriti Ahli Patlimen UMNO yang membentuk kerajaan PN, maka diyakini pola pengundian akan lebih memihak kepada TS Musa Aman.

Mengimbau kembali semasa kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan DS Pairin Kitingan.

Kemudian setelah USNO dibubarkan dan UMNO secara automatik menyerap ahli USNO, maka UMNO berkuasa di Sabah sehinggalah tumbangnya BN dalam PRU14 2018 lalu.

Dengan senario pada peringkat pusat diyakini TS Musa Aman akan mendapat mandat besar dalam PRN kali ini.


MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM

Pemain media sosial

https://www.facebook.com/hisemudin 

0
0
1
0
0

Copy Link: