SEPANJANG dua minggu yang lalu, terdapat peningkatan mendadak bagi produk seperti topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan penyembur disinfektan, tisu basah (wet wipes), gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin, di Shopee. : KitaReporters.com

TERKINI.. Dilaporkan sehingga 27 Januari 2020, wabak virus Koronavirus telah menjangkiti lebih 2,700 orang dan mengorbankan lebih 80 nyawa di China. - Kredit foto  https://www.niemanlab.org/


Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, Shopee mendapati pesanan terhadap produk-produk yang dikategorikan sebagai antiinfluenza meningkat sebanyak lebih daripada 500%.                 

Ian dalam satu kenyataan media baru-baru ini menyebut, beberapa insiden penyakit berjangkit telah menyumbang kepada peningkatan drastik ini.

Wabak koronavirus (juga dikenali sebagai virus Wuhan) di China telah menjejaskan lebih daripada 2,700 orang, menyebabkan 80 kematian sehingga Isnin, 27 Januari 2020. 

Virus ini telah merebak ke luar China malah hingga ke Malaysia, Thailand dan Singapura.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho


Hal ini, kata Ian, ditambah lagi dengan kes-kes wabak Influenza A (H1N1) dan penyakit kaki, tangan dan mulut di negara ini, telah menyebabkan rakyat Malaysia mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk memastikan diri mereka serta ahli keluarga mereka selamat.

Ekoran itu, berlaku peningkatan mendadak bagi produk seperti topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan penyembur disinfektan, tisu basah (wet wipes), gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin di Shopee.

Sehubungan itu, jelasnya, untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia melindungi diri mereka, Shopee telah memudahkan pencarian produk-produk ini di platform membeli belah online dengan mewujudkan satu halaman khusus terhadap produk-produk keperluan antiinfluenza ini.

Pautan khusus yang disediakan ialah di https://shopee.com.my/m/anti-influenza-necessities

"Kami harap ini akan membantu memberi ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia terutama pada dan selepas musim perayaan ini," tambah Ian. - KitaReporters.com

2
0
0
0
0

Copy Link: