APAKAH yang lebih menyakiti dan melukakan hati dalam hubungan cinta selain pasangan kekasih curang dan bermain kayu tiga? Inilah derita yang dirasai dan dipendam oleh aktres terkenal Bollywood, Deepika Padukone  apabila cinta sucinya dinodai kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor.

 

SAMBIL menitiskan air mata, Deepika Padukone menceritakan dalam satu wawancara punca percintannya dengan Ranbir Kapoor musnah. - Kredit foto: Geo News.


Kisah ini didedahkan sendiri oleh Deepika dalam satu wawancara dengan Asianetnews.com pada 13 Mac lalu yang dipetik oleh Geo News

Inilah pendedahan yang keluar dari mulut Deepika sendiri sebagai menjelaskan kenapa hubungannya dengan Ranbir menemui jalan penghujung.

Dalam wawancara yang menyingkap gelombang cinta pertamanya, Deepika tidak menyebut secara khusus siapakah teman lelakinya yang berlaku curang itu. 

Tetapi umum mengetahu dia mempunyai hubungan cinta dengan Ranbir dan dia merujuk kepadanya.

KEMESRAAN Ranbir Kapoor bersama Deepika Padukone kini hanya tinggal kenangan. - Kredit foto: Times of India.


Memetik wawancara tersebut, Deepika dan Ranbir menjalin hubungan cinta selama dua tahun dari tahun 2007 hingga 2009. Apabila hubungan mereka berakhir, ramai tertanya-tanya apa puncanya.

Buat pertama kali, Deepika menjelaskan punca berkenaan yang selama ini disimpan rahsia. 

Dalam wawancara tersebut, Deepika sambil menitiskan air mata memberi tahu, punca mereka berpisah ialah kerana Ranbir tidak setia.

Untuk rekod, Deepika, anak legenda badminton India dan Juara All England 1980, Prakash Padukone, telah pun berkahwin dengan aktor Ranveer Singh pada November 2018.  

Ranbir Kapoor pula ialah anak kepada pasangan pelakon Rishi Kapoor dan Neetu Singh serta cucu kepada aktor, pengarah dan produser tersohor, Raj Kapoor.

Menurut Deepika, ketika bercinta dengan Ranbir, dia mendapat tahu kekasihnya itu tidak jujur dan bemain kayu tiga di belakangnya. Ranbir dikatakan menjalin hubungan dengan aktres Katrina Kaif.

RANBIR Kapoor bersama bekas kekasihnya, Katrina Kaif.- Kredit foto: The Express Tribune.


Apabila rahsia ini terbongkar, Ranbir melutut dan meminta maaf kepada Deepika dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Dia mahu meneruskan hubungan cinta mereka.

Deepika memaafkan Ranbir walaupun hatinya luka. 

Dia juga tidak mempedulikan apabila pada yang sama rakan-rakan sudah memberi ingatan dan amaran bahawa Ranbir masih tidak berubah.

Akhirnya Deepika melihat sendiri dengan mata kepala sikap curang kekasihnya. Dia benar-benar menyesal dan berasa bodoh kerana telah memberi peluang kedua kepada Ranbir.

Dia mengambil masa lama untuk menenangkan diri daripada kekecewaan yang melanda. 

Namun ia menjadikan dirinya lebih matang. Selepas itu dia tekad meneruskan kehidupan tanpa Ranbir dan sama sekali tidak akan berpatah balik.

Tepat sekali tindakan Deepika ini kerana nyata Ranbir memang mata keranjang. 

Berkasih dengan Deepika, pada masa sama dikatakan bercinta dengan Katrina Kaif dan kini dikatakan bercinta dengan aktres Alia Bhatt pula.

RANBIR Kapoor bersama kekaasih baharunya, Alia Bhatt. Mereka dikatakan akan berkahwin. - Kredit foto: bollywoodlife.com


Ketika pertama kali hubungan cintanya menempuh badai, Deepika menganggap ada yang tidak kena dengan hubungan mereka, atau kerana silap dirinya sendiri. 

Tetapi apabila kecurangan berterusan dan menjadi tabiat, dia sedar itu adalah kesilapan pasangannya.

“Saya banyak berkorban dalam perhubungan dan tidak mengharap banyak balasan. 

"Tetapi kecurangan adalah nokhtah kepada segalanya. Apabila ia berlaku, rasa hormat tiada lagi dan kepercayaan musnah.

“Hormat dan kepercayaan adalah dua asas penting dalam perhubungan. Jangan sekali-kali mempermainkan dan menghakis kedua-duanya,” kata Deepika dalam wawancaranya.

DEEPIKA Padukone dan Ranveer Singh gembira pada hari perkahwinan mereka November 2018. - Kredit foto: India Today


Kata Deepika, kemesraan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga melibatkan emosi. 

Dia sendiri tidak pernah berbohong atau bermain kayu tiga dalam perhubungan.

“Jika masih mahu berfoya-foya apa perlunya mempunyai hubungan serius. Lebih baik terus berseorangan dan berseronok,” katanya.

Sementara Deepika kini sudah bahagia bersama Renveer Singh, Ranbir Kapoor masih berseorangan. 

Khabarnya dia akan berkahwin dengan kekasihnya kini, Alia Bhatt. Hanya masa menentukan. - KitaReporters

SETELAH cintanya dengan Ranbir Kapoor berkubur, Deepika Padukone melayari bahtera hidup bahagia dengan Ranveer Singh. - Kredit foto: Times of India

2
0
1
0
0

Copy Link: