Biasanya musim cuti sekolah akan ada banyak kenduri perkahwinan, maklumlah bila cuti begini kaum keluarga yang jauh di perantauan akan pulang berkumpul ke kampung. Jadi majlis akan lebih meriah dengan kehadiran saudara mara semuanya. - KitaReporters

MAJLIS pernikahan tetap diteruskan selepas mengikuti semua syarat yang dikeluarkan Majlis Agama Islam. - Kredit foto: Hud Official @ YouTube


Namun disebabkan wabak penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) melanda negara sehingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, sekali gus memberi kesan kepada majlis-majlis keraian khususnya majlis perkahwinan.

Bagaimanapun majlis pernikahan masih boleh diadakan asalkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam termasuklah dihadiri seorang pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali serta saksi bagi kedua-dua pengantin.

Lebih penting, dalam majlis berkenaan perlu mengamalkan jarak antara satu sama lain serta tidak boleh berjabat tangan.

Terbaru, tular dalam media sosial majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ (menjarakkan diri).

Kelakarkan.. tapi itulah realitinya dan akad nikah tetap sah dan pasangan berjaya disatukan!!

Mungkin juga majlis berkenaan tetap diadakan berikutan semua persediaan telah siap dilakukan dan jika ditangguh menyebabkan pembaziran.


Video berdurasi seminit 15 saat itu menampilkan pasangan pengantin yang hadir di pekarangan rumah tok kadi bersama ahli keluarga masing-masing.

Sekali pandang, macam perkahwinan olok-olok tapi hakikat pernikahan itu tetap sah.

Majlis berkenaan dimulakan dengan tok kadi yang mewakilkan wali oleh bapa pengantin perempuan.

Majlis berkenaan yang tidak dinyatakan lokasi itu hanya dihadiri tidak sampai 10 orang termasuklah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Lain daripada yang lainkan! 

Tapi benda baik tak perlu ditangguhkan lagi semua syarat dituruti.

Dalam majlis berkenaan, pengantin dilihat tidak berjabat tangan seperti kebiasaan pengantin yang berdebar selepas berjabat tangan dengan tok kadi.

Sebaliknya membaca lafaz nikah berkenaan sambil disaksikan oleh pengantin perempuan dan saksi serta wakil keluarga masing-masing.

Selepas sah akad dilaksanakan, pengantin lelaki kemudian terus membacakan taklik kepada si isteri sambil disaksikan oleh wakil keluarga yang hadir.

Majlis pun selesai…mungkin tidak sampai 20 minit…ringkaskan!

Semoga perkahwinan pasangan ini kekal walaupun dalam keadaan negara dilanda musibah COVID-19 dan lain daripada biasa. Selamat pengantin baru bro! - KitaReporter


22
2
1
5
0

Copy Link: