WOW!! A AIDA TIDAK BERHIJAB, LEBIH MENONJOL

Published by
KitaReporters
MALAM Kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada Ahad, 9 Februari 2020 mengemukakan sejumlah kejutan yang membabitkan sejumlah artis. Dan salah satu kejutan diberi oleh Datuk A. Aida, 49, selaku penulis lirik bagi lagu ‘Kisah Cinta Kita’ dendangan Hafiz Shuib. : KitaReporters.com 

A Aida gambar terbaharu. - Kredit foto: Instagram A Aida

Ramai yang tidak perasan akan kemunculan A Aida sehinggalah hos Awal Ashaari dan Sherry al-Hadad mewawancaranya.

A. Aida kelihatan berbeza daripada bentuk tubuh dan penampilan terdahulu. A. Aida kelihatan berhidung mancung dan tidak lagi memakai tudung.

Dia memberi kejutan kepada hadirin di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan juga penonton siaran langsung di TV3.

Dalam satu temu bual sebuah akhbar, A.Aida mengakui telah berubah penampilan. Dia sudah tidak berhijab.

Dia memohon maaf kepada peminat dan doakan yang baik-baik untuknya, tanpa mahu mengulas lanjut mengenai perubahannya.

A. Aida memakai tudung setelah berkahwin dengan Ariff. - Kredit foto: Instagram A Aida

A. Aida mula mengenakan hijab selepas berkahwin pada 21 Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz (Wan Izma Ariff Abd Aziz).

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

Ia adalah perkahwinan kali keempat bagi A. Aida.

A. Aida dan Ariff pada majlis akad nikah mereka. - Kredit foto: Beautifulnara


Apa yang menarik dalam AJL34, A. Aida duduk di kerusi penonton sementara bekas suami pertamanya, Ameng muncul sebagai penyanyi undangan dan menyampaikan lagu ‘Sampai Hati’.

A. Aida  atau nama sebenarnya, Zaidah Awang yang lahir di Kemaman, Terengganu pada 20 April 1970 ini bermula sebagai pelakon, namun namanya mula diperkatakan dalam industri seni tanah air sejak penubuhan rumah produksi A. Aida Production pada 2013.

Sejak itu A. Aida Production menjadi sebuah rumah produksi yang disegani dengan mengeluarkan sejumlah drama dan drama rangkaian berkualiti di pelbagai stesen TV.

Kegigihannya menjadikan A. Aida seorang usahawan berjaya. - Kredit foto: Instagram A Aida

A. Aida seorang usahawan yang berjaya dan memiliki sejumlah syarikat dan terbabit dalam beberapa perniagaan.

Dia turut berbakat sebagai penulis skrip, penolong pengarah, juga mencipta beberapa melodi dan lirik lagu. 

Akan datang bakal melangkah setapak lagi sebagai pengarah drama.

Dan peminat menanti kejutan A. Aida ibu tiga anak ini, adakah mungkin dia akan melangsungkan perkahwinan kali kelimanya?

A. Aida sentiasa bersenam di fitness centre untuk mengekalkan tubuh menariknya. - KitaReporters.com

1
1
2
0
2

Copy Link: