ESOK SEKOLAH: SILA BERSABAR YA MAK, YA AYAH...

Published by
KitaReporters
SETIAP ibu bapa pasti berasa teruja apabila anak mereka yang pertama kali melangkah kaki ke sekolah. Aksi-aksi dan gelagat anak-anak pada hari pertama di sekolah pasti menjadi tarikan dan boleh buat ibu bapa pening kepala. : KitaReporters.com

Sumber Foto: RazakRamli.Blogspot


Namun ada sisi lain yang ibu bapa perlu ambil acuh. Berikut adalah pesanan dari seorang cikgu dalam laman Facebooknya, Pe Chey.

Perkongsian daripada laman Facebook Pe Chey


Menurut Pe Chey, berikut adalah lima perkara ibu bapa harus elakkan pada hari pertama persekolahan nanti :

Pertama : 

Parking kenderaan hingga menyulitkan keluar masuk di pintu pagar. Parkinglah jauh asal senang nak balik daripada parking rapat sangat dengan pintu pagar tapi kena block. 

Nanti mulalah bergaduh kerana masing-masing pentingkan diri sebenarnya.

Kedua : 

Elakkan bertelagah dengan abang/ kakak pengawal keselamatan. Mohon jangan tinggi suara atau menengking mereka yang bertugas sedaya boleh menguruskan lalu lintas dan keselamatan. 

Lebih baik jika ibu bapa belikan mereka sedikit makanan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga suasana hari pertama.

Sumber Foto: Perak Today


Ketiga : 

Mohon kepada ibu-bapa jangan berpeluk cium terlalu lama di tempat yang tak sesuai. Dari dalam kereta, keluar kereta, depan pagar hingga anak nak berbaris. 

Tak habis berpeluk cium. Selesaikan sahaja di rumah. Jangan terlalu ghairah begitu. Sekolah sesak hari tu.

Sumber Foto: tovatraxi.com


Keempat :

Mohon pakai pakaian yang sesuai. Jangan pakai pakaian yang tak sesuai, menjolok mata, terlalu fancy atau pun rupa orang tak nak berpakaian. 

Jika ada guru yang memakai kostum, jangan pula dimaki. Dia terpaksa tu kerana nak menggalakkan anak tuan-puan datang sekolah.

Sumber Foto: NST


Kelima : 

Elakkan merakam gambar atau video. Sesetengah sekolah, pentadbirnya memang menegah perbuatan merakam gambar dan video untuk mengelakkan salah faham.

Sumber Foto: Google Pix


Sila akur dengan arahan tersebut sebagai tanda anda telah dewasa dan memahami arahan.

Jadi pada ibu bapa sila ambil perhatian ye, apa yang pasti kawasan sekolah dan jalan raya pasti sesak untuk awal minggu persekolahan.

Semoga tip-tip yang diberikan oleh Pe Chey ini akan mengurangkan tekanan dan kekalutan pada hari pertama persekolahan nanti bagi ibu bapa dan murid-murid, serta cikgu-cikgu semuanya. 

Selamat Kembali Ke Sekolah, Selamat Datang Ke Sekolah. - KitaReporters.com 

6
0
0
0
0

Copy Link: