SABAN tahun ribuan penganut hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniam Swamy di Batu Caves, dekat Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Thaipusam. Namun dalam ribuan orang yang membanjiri kuil tersebut terdapat mereka yang bersiap siaga menjaga keselamatan dan kesihatan pengunjung. : KitaReporters.com

Sumber foto PICOMS 


Sekarang ini dengan penyakit Novel Koronavirus (nCoV) yang sedang menular, tahap pengawasan kesihatan adalah perlu amat penting.  

Menerusi perkongsian melalui laman Facebook Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, para pelajar kolej tersebut bersiap sedia bertugas tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

PICOMS merujuk kepada Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan adalah satu anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan berdaftar sebagai salah satu daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) negara.

Sumber laman Facebook PICOMS (https://www.facebook.com/picomsofficial/)


Pada tahun ini, sekumpulan pelajar yang menyertai Bulan Sabit Merah (BSM) dari Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bertugas untuk memastikan kesihatan pengunjung.

BSM Cabang Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bersama School of Medical Assistant telah terlibat secara langsung dalam Medical Standy bersempena sambutan Hari Thaipusam Tahun 2020 di Batu Caves, Selangor pada Sabtu, 8 Februari 2020.

Sumber Foto PICOMS


Sumber FOTO PICOMS


Program ini telah menyaksikan PICOMS berkolaborasi bersama Hospital Selayang dan ini merupakan tahun ke-5 penglibatan PICOMS pada acara sambutan Thaipusam ini. 

Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Ila Murugan, Pengerusi Bulan Sabit Merah (BSM) PICOMS kerana telah memberi peluang kepada pelajar Diploma Pembantu Perubatan mempraktiskan dan berbakti kepada masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 

Pendedahan di lapangan sebegini memberi keyakinan dan nilai tambah kepada bakal graduan PICOMS dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar.  

Semangat macam inilah yang kita mahukan!!!

Kitakan Rakyat Malaysia!!! 

Sumber foto PICOMS


Sumber foto PICOMS


Sumber foto PICOMS

3
0
0
0
0

Copy Link: