BILLBOARD SUGAR DADDY KAT KL! APA DAH JADI?

Published by
KitaReporters
SELEPAS menjadi tular, syarikat Sugarbook menerima kecaman warganet apabila memaparkan iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’  secara terbuka yang dipaparkan melalui billboard di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Isunya kini ialah bagaimana syarikat tersebut dapat berbuat demikian tanpa pengetahuan pihak bertanggungjawab? : KitaReporters.com

PAPAN iklan berunsur lucah yang dipasang di sekitar Bangsar dan Bukit Kiara di Kuala Lumpur telah mengundang kecaman dan sindiran warganet.


Difahamkan lokasi di mana iklan itu  dipaparkan adalah di Bangsar dan Bukit Kiara, yang turut mengundang rasa terkejut dan kesal dalam kalangan warganet, yang rata-ratanya menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Pada iklan memaparkan gambar seorang gadis muda (sugar baby) memegang erat seorang lelaki berumur (sugar daddy) dengan kapsyen “Hey Sugar, Upgrade your love life” ( Hei Sayang, Naik taraf kehidupan cinta anda!”),  dan “Where beautiful, successful people meet” ( Tempat di mana yang cantik dan yang berjaya bertemu).

IKLAN Sugarbook itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Perkara itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan papan tanda (LED) yang diletakkan berdekatan Masjid Saidina Abu Bakar dan telah pun diturunkan setakat jam 10 malam tadi (17/112/2019). 

Menurut beliau, iklan itu sangat tidak bersesuaian untuk dipasang dan mengundang kekecewaan dari kalangan  orang ramai.

Katanya, beliau dimaklumkan iklan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan tidak tahu menahu bagaimana syarikat itu boleh meletakkan iklan itu di kawasan berkenaan.

“Saya telah menghubungi DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bagi menyatakan pendirian saya bahawa aplikasi dan iklan itu adalah tidak sesuai.

"Siasatan perlu dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana iklan seperti ini boleh disiarkan, dan jika pengusaha didapati melanggar peraturan maka tindakan tegas perlu  diambil," katanya dalam akaun Twitternya.

Iklan itu  mula dinaikkan pada 3 Disember lalu di Bangsar dan Bukit Kiara dan mula tular dalam media sosial sejak kelmarin.


Iklan yang mempromosi aplikasi lucah itu juga telah mendapat perhatian Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hari ini (18/12/2019).

DBKL turut mengeluarkan arahan kepada syarikat terbabit mengeluarkan iklan itu kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya.

Melalui kenyataan media dikeluarkan oleh DBKL, papan iklan itu juga berunsur lucah dan bersifat sensitif serta tidak sesuai untuk di pasang.

KENYATAAN akhbar DBKL mengenali aduan iklan lucah berkenaan.


Sugarbook merupakan platform di mana lelaki dan wanita yang mempunyai sumber kewangan kukuh  bagi mencari cinta dan teman sama ada penggunanya adalah sugar daddy, sugar mommy atau pun sugar baby. 

Mengikut sumber, setakat ini, platform itu telah mempunyai kira-kira 200,000 ahli  di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Thailand. KitaReporters.com 


 

IKLAN sugar baby dan sugar daddy yang diiklankan oleh Sugarbook dalam laman sosial.


ANTARA iklan lucah sugar baby yang diiklankan Sugarbook  di laman sosial.

0
2
1
0
4

Copy Link: