RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mencatatkan sejarah apabila pertama kali mengadakan program televisyen siaran langsung tanpa penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam hari Sabtu, 14 Mac 2020. Ia sebagai langkah mengawal virus Covid-19 merebak. : KitaReporters

Pengumuman dibuat oleh pihak RTM bahawa siaran langsung tetap diadakan tanpa kehadiran penonton. Kredit foto: IG Senariounion

Ia membabitkan program Konsert Minggu Ini (KMI) Senario Union Anje-Anje yang disiar secara langsung di TV2.

KMI yang disiar di TV2 pada setiap malam minggu itu diadakan sama ada dalam bentuk rakaman atau siaran langsung.

Bagi KMI Senario Union sepatutnya dibuat dalam bentuk rakaman pada Khamis, 12 Mac 2020. Namun ia dibatalkan kerana virus Covid-19.



Namun pihak penerbitan tetap ingin KMI Senario Union Anje-Anje dengan penyanyi undangan Siti Nordiana disiarkan pada malam minggu (malam hari Sabtu, 14 Mac 2020).

Kumpulan Senario Union ditubuhkan pada 2017 setelah kumpulan Senario asal ditamatkan pada 2013. 

Kalau ikut senarai asal, KMI Senario Union disertai ketujuh-tujuh anggota. 

Namun kerana KMI Senario Union diadakan secara langsung, hanya lima anggota yang muncul iaitu Ilya Buang, Hamdan Ramli, Wahid Mohd, Saiful Apek dan Yassin Yahya. 

Tidak hadir atas sebab-sebab tertentu ialah Mazlan Ahmad (Lan Pet Pet) dan Azlee Jaafar .

Dua anggota Senario Union tidak dapat hadir dalam siaran langsung iatu Azli (tengah) dan Lan Pet Pet (tiga dari kiri). -  Kredit foto: IG Senariounion

Siaran langsung di Auditorium Perdana Angkasapuri tetap dijalankan tanpa penonton. 

Hanya pekerja penerbitan, pemuzik, penari dan artis yang mengambil bahagian dibenar berada dalam auditorium.

Setelah beberapa minit siaran langsung diperlihatkan suasana kosong dalam auditorium yang sepatutnya boleh memuatkan lebih 500 penonton. 

Bahagian luar Auditorium Perdana. Angkasapuri, di Wisma Radio, Angkasapuri.

Walaupun tanpa penonton di Auditorium, namun penonton di rumah tetap terhibur dengan aksi dan aura Senario dan penyanyi undangan, Siti Nordiana.

Selain RTM, tindakan mentiadakan penonton dalam siaran langsung turut dilakukan oleh ASTRO.

Ia membabitkan rancangan mingguan meleTOP di Astro Ria dan Sepah Reunion di Astro Warna. - KitaReporters





0
0
2
0
0

Copy Link: