AWAL tahun rata-rata sekolah di seluruh negara ketika ini pada awal tahun amat sibuk dengan aktiviti-aktiviti sukan. Almaklumlah tempoh bertenang hiruk pikuk murid-murid yang baharu masuk sekolah pada awal Januari lalu. : KitaReporters.com

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya (https://www.facebook.com/fazly.hafiz)


Banyak sekolah yang sudah mula membuat aktiviti sukan seperti merentas desa, di mana yang melibat semua murid bagi semua peringkat. 

Namun apa yang menarik perhatian ialah perkongsian gambar daripada seorang guru Fazly Hafiz Yahaya menerusi laman Facebook beliau apabila kelihatan beberapa anggota polis yang menjalankan tugas memberikan “high five” kepada anak-anak prasekolah yang menyertai larian tersebut. 

Tidak jauh dari garisan penamat, terlihat ramahnya seorang pegawai polis wanita memberikan sokongan moral buat setiap murid prasekolah yang akan melepasinya.

Foto  FB Fazly Hafiz Yahaya 


Senyum manis dan "tepukan" yang diberikan pastinya menjadi pendorong kepada murid-murid yang menyertai larian tersebut untuk mereka lebih bersemangat bersaing dengan rakan-rakan yang lain.   Walaupun jarak merentas desa bagi murid prasekolah adalah yang paling dekat, namun mereka tetap memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menamatkan larian.

Foto FB Fazly Hafiz Yahaya  


"Dari pihak saya sebagai guru yang merakamkan moment ini, saya ucapkan ribuan TERIMA KASIH," kata Fazly Hafiz.

Guru tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota polis tersebut yang memberikan semangat kepada anak-anak prasekolah. - KitaReporters.com

5
2
0
0
0

Copy Link: