NAK NIAGA ONLINE? FB PASARAN TERBESAR ANDA

Published by
KitaReporters

FACEBOOK (FB) kini sudah menghimpun  hampir 2.41 billion pengikutnya pada kuarter kedua 2019, pertambahan 55 juta pada kuarter sebelumnya. Secara puratanya yang aktif di FB adalah 2.7 billion setiap bulan dengan 2.1 juta melawat laman FB setiap hari. : KitaReporters.com


Dan daripada jumlah itu, warga India paling ramai menggunakan perkhidmatan FB dengan anggaran 269 juta sehingga Oktober tahun lalu.

Sehingga kini lebih 80 juta peniaga kecil dunia menggunakan FB untuk memasarkan barangan secara dalam talian ke seluruh dunia. 

Dan sesuatu yang agak aneh kerana sepatutnya rakyat Amerika Syarikat yang menjadi pengguna utama rangkaian media sosial ini tetapi dua tahun berturut-turut, negara itu kehilangan hampir 15 juta pengguna FB. 

Ia berlaku terutama orang muda yang beralih kepada Instagram, Twitter dan Snapchat. 

Dengan itu juga, AS jatuh tempat kedua, diikuti dengan penduduk Indonesia, Brazil, Mexico, Filipina, Vietnam, Thailand, Mesir dan Turki yang menjadikan FB sebagai satu rangkaian media sosial yang paling berwibawa dan berpengaruh menjelang dekad akan datang.


Jika benar FB dikatakan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan SST kepada peniaga yang beralamat di negara ini bermakna FB sebagai medan jualan menjadikan aplikasi itu bukan lagi sebagai satu saluran perniagaan dalam talian yang percuma. 

Ini berikutan tindakan kerajaan Malaysia mahu mengenakan cukai kepada FB dan Google yang dikatakan mengaut untung daripada industri pengiklanan di negara ini,  tanpa membayar sesenpun cukai kepada Malaysia.

Menoleh sejarah FB yang ditubuhkan di Cambridge Massachusetts, Amerika Syarikat pada 2004 tetapi dibuka kepada umum pada 2012, FB sebenarnya bertujuan menjadi medan perhubungan antara pelajar kolej. 

Kemudian ia terus mencetuskan fenomena dunia apabila dalam tempoh dua tahun saja, mencatatkan 50 juta penggunanya.


Dalam satu laporan menyebut, kuarter keempat tahun 2018, pengguna FB meningkat kepada 2.32 billion orang. Daripada jumlah itu, 66 peratus warga dunia aktif buka FB setiap hari. 

Di AS pula, 74 peratus saja warga AS membuka FB setiap hari dengan setengah saja daripada peratusan itu membuka dua tiga kali untuk melihat maklumat mutakhir.

Mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun dilaporkan menggunakan 81 peratus aplikasi FB, diikuti oleh peringkat umur 30 hingga 49 tahun menguasai 78 peratus muka buku berkenaan. 

Ada juga remaja berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun menggunakan aplikasi berkenaan dan 65 peratus lagi menyaksikan warga tua dari umur 50 hingga 64 tahun, turut merebut peluang itu.

Warga emas pula membabitkan 41 peratus, berusia daripada 64 tahun mengikuti perkembangan saudara mara dan anak-anak serta berbual dengan rakan-rakan menerusi Facebook.

Jadi bagaimana FB mendapatkan sumber kewangannya. 

Berdasarkan laporan itu, 85 peratus sumber kewangan FB adalah menerusi kutipan iklan. 

Jika dilaksanakan cukai SST dan peniaga tidak membayar cukai dalam jumlah yang sikit, FB ada hak untuk bekukan akaun iklan anda tetapi FB masih boleh diakses. 

Dan peniaga itu pula akan diberi notis berulang kali mengenai hutang SST tertunggak. Jadinya peniaga kenalah tahu cara untuk update kaedah pembayaran SST tu.

FB dilaporkan mendapat pulangan hasil daripada paparan iklan di FB, Jibbigo aplikasi terjemahan bahasa, atlas solution, Onavo, Instagram yang dibeli oleh FB pada 2012 dengan kos AS$1 biliion yang digunakan oleh 400 juta pengguna, Oculus VR yang dibeli pada 2014 yang membolehkan syarikat mengikat pelanggan contohnya menerusi permainan video dan aplikasi WhatsApp. 

Menerusi gadget inilah FB mendapatkan sumber tak terhad dengan pelbagai pendekatan iklannya.

Bayangkan pada tahun 2017,  FB menerima RM39.9 billion daripada perolehan iklan, 85 peratus sumber kewangannya. 

Disebabkan kebolehan FB menggumpul data peribadi penggunanya termasuk jantina, umur, hobi, kerjaya, politik, gaya hidup termasuk tempat beli belah dan pilihan pasukan boleh sepak, FB mampu memasarkan iklan kepada kumpulan sasarnya dengan mudah dan tepat.

Apapun di AS, FB juga berpengalaman mencatatkan kehilangan 15 juta pengguna dalam masa dua tahun pada 2017 dan 2018 terutama dalam kalangan remaja kerana ramai beralih pada Instagram, Twitter dan Snapchat.

Tetapi pada masa yang sama, bilangan pengguna yang berumur 55 tahun ke pula bertambah daripada 49 peratus kepada 53 peratus pada 2019.


Fakta ringkas untuk peniagaan :

  • 2.1 bilion pengguna aktif berFB setiap hari
  • Purata butang like dan share dilihat 10 juta kali sehari
  • Di Eropah 307 juta buka FB
  • Usia 25 hingga 35 tahun ramai pengguna 
  • 5 profail dibuka setiap saat
  • 76 peratus daripada 100 peratus wanita buka FB
  • 66 peratus daripada 100 lelaki ada FB
  • Aliran trafik tinggi tengah minggu jam 1-3 petang.
  • Khamis dan Jumaat, 18 peratus lebih tinggi penggunaannya.
  • 83 juta profail palsu
  • 300 juta gambar diupload setiap hari
  • Purata masa dihabiskan di FB 58.5 minit
  • Setiap 60 saat, 510,000 hantaran komen, 293,000 kemas kini status 136,000 upload gambar.
  • 4.75 juta kandungan FB dikongsi pada Mei 2013 meningkat 94 peratus  pada 2012.
  • 42 peratus pemasar berkata FB amat penting dan kritikal untuk perniagaan mereka
  • 16 juta muka surat perniagaan lokal dibuka pada 2013.
  • 86 peratus pemasar AS gunakan FB untuk iklan
  • 78 peratus pengguna beli barangan melalui FB - KitaReporters.com

1
1
0
0
0

Copy Link: