Pelbagai jenis produk makanan kegemaran ramai dijual di Pasar Payang Kuala Terengganu .Kredit foto.Media MB Terengganu


INDUSTRI pelancongan Negeri Terengganu kembali rancak dengan kehadiran ramai pelancongan domestik sejak kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober 2021 lalu menyebabkan ramai pengunjug bertumpu ke lokasi menarik seluruh negeri ini. 

Terengganu yang mempunyai pelbagai pilihan tempat menarik untuk dikunjungi termasuk pulau, pantai, tasik, gunung, tempat membeli belah dan restoran tradisional sememangnya menjadi tumpuan pelancong.

Selain tempat tersohor dan popular,  Terengganu turut memperkenalkan produk pelancongan berteraskan komuniti (community-based tourism CBT) membabitkan 39 lokasi di seluruh negeri itu bermula pada 2022.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelancongan


 Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin kehadiran ramai pelancong turut merancakkan  aktiviti ekonomi di negeri ini.


Jambatan angkat menjadi icon pelancongan baharu Negeri Terengganu.- Kredit foto: UPDI


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran ramai pelancong turut merancakkan  aktiviti ekonomi dan satu satu petanda baik untuk rakyat dan negeri ini.

Kerajaan Negeri menjangkakan kedatangan pelancong dari luar negara akan meningkat 20 hingga 25 peratus sebaik sahaja sempadan negara dibuka nanti.

Beliau berkata, sebagai persediaan untuk menerima kedatangan pelancong, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengindahkan produk-produk pelancongan sedia ada serta produk pelancongan berteraskan komuniti (CBT).


Permainan tradisional rakyat Terengganu


 Perusahaan kain songket  secara tradisional masih popular di Terengganu


“Sehingga ini, pelancong domestik menyumbang sebanyak 80 peratus kepada sektor pelancongan di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha mengindahkan lokasi pelancongan di Terengganu, pelbagai aktiviti gotong-royong melibatkan masyarakat setempat, agensi kerajaan, penggiat industri pelancongan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diadakan untuk produk-produk pelancongan di daerah-daerah.


Nasi dagang tetap menjadi pilihan untuk sarapan pagi


Kanak-kanak bermain dengan kerbau dapat dilihat di sebuah kampung daerah Marang


“Meskipun menghampiri musim tengkujuh dan cuaca tidak menentu, kita meneruskan program ini di CBT di seluruh daerah,” katanya. 

Menariknya, kata Dr Ahmad Samsuri setiap daerah di negeri ini mempunyai produk pelancongan tersendiri yang mampu menarik minat pelancong untuk melihat sendiri keunikan seni, budaya dan adat resam hidup penduduk di daerah berkenaan. - KitaReporters


Produk CBT di Kampung Kerandang Besut yang diusahakan oleh penduduk setempat.

13
14
2
13
1

Copy Link: