Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

Published by
KitaReporters

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih sempurna apabila akan disediakan kemudahan Internet pada penghujung Januari, hadapan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jangkaan itu dibuat susulan kerja-kerja pelaksanaan projek internet jalur lebar satelit di kawasan penduduk orang asli yang sudah bermula minggu ini.

"Keputusan ini diperoleh selepas mesyuarat penyelarasan liputan internet kampung orang asli di Pahang bersama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Mohd Faisal Md Nor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta Unit Hal Ehwal Orang Asli Pejabat Menteri Besar yang dipengerusikan saya pada Ogos lalu.

"Jadi, pihak kita bersama syarikat yang dilantik telah mengadakan lawatan kerja ke penempatan orang asli yang disasarkan dalam projek ini. Kita akan mulakan projek ini di kampung orang asli Terakit dan Rening di Hulu Telom, Cameron Highlands," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Ahad, 3 Oktober 2021.

Projek yang dikenali sebagai akses tanpa wayar jalur lebar (BWA) adalah salah satu daripada inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah usaha kerajaan Pahang.

Katanya, kerajaan Pahang mahu menyediakan perkhidmatan internet lebih baik di kawasan perkampungan orang asli terutamanya yang berada jauh di pedalaman. - KitaReporters


17
12
0
11
0

Copy Link: