Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

Published by
KitaReporters

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata SPRM yang mencecah usia ke-54 tahun memerlukan pendekatan seperti itu dilaksanakan segera supaya negara ini tidak tercicir daripada menguatkuasakan undang-undang rasuah setanding negara maju lain.

“SPRM kini perlu mencari kaedah baharu dengan strategi tindakan yang lebih fokus supaya (penguatkuasaan undang-undang) memberikan hasil dan impak kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan.

“Ketika  ini, tiada undang-undang boleh disabitkan terhadap mereka yang menguasai perolehan projek dan SPRM telah mencadangkan untuk memasukkan peruntukan undang-undang baharu mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694),” katanya dalam wawancara khas secara maya baru-baru ini sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54.

Azam berkata, menerusi undang-undang itu jenayah kartel projek dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan ketirisan dan salah guna dana kerajaan. -KitaReporters



7
11
0
10
0

Copy Link: