Pemimpin Rukun Tetangga dari seluruh negara yang  hadir pada malam Anugerah Perdana KRT 2023.


TERENGGANU yang mempertaruh dua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi merebut Anugerah Perdana Rukun Tetangga (APRT) 2023 tetap bangga kerana kedua-dua wakil negeri itu bagi Kategori Projek Ekonomi dan Pengurusan Jiran Wanita Terbaik masing-masing dinobatkan sebagai Juara dan Tempat Ketiga dalam anugerah berprestij untuk Rukun Tetangga (RT) itu. 

Menerusi anugerah yang dianjurkan dua tahun sekali anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu, KRT Telaga Batin, dinobatkan sebagai Juara dan menerima hadiah wang tunai RM8,000, sijil serta plak; manakala Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Besut mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai RM4,000, sjil serta plak.


Jawatankuasa KRT Telaga Batin dan KRT Bandar Jertih bergambar kenangan bersama Ahli Exco Kerajaan  Terenggnu, Maliaman Kassim (tengah) selepas menerima hadiah kemenangan.


Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Aaron Ago Dagang merasmikan program serta menyampaikan hadiah kepada KRT yang berjaya dalam majlis gilang gemilang yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor pada Ahad, 5 November 2023 lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Negeri Terengganu, Maliaman Kassim  yang turut hadir pada majlis itu itu turut berkongsi kegembiraan dan mengucapkan penghargaan kepada pasukan KRT negeri itu yang berjaya mengharumkan nama negeri.

Katanya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Terengganu menghantar lapan pencalonan mewakili pelbagai kategori, tetapi dua KRT berkenaan sahaja sebagai fanialis selepas disaring dan menghadapi sesi penilian dengan panel penilai.


 Wakil KRT Telaga Batin menerima hadiah daripada Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


“Tahniah juga kepada Pengarah Jabatan Perpaduan negeri Terengganu, Mohd Rosli Alias atas kejayaan berprestij semalam,” kata Maliaman.

Beliau berkata, JPNIN Terengganu melakar sejarah apabila Projek Ekonomi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telaga Batin, Kuala Nerus berjaya merangkul johan dalam Anugerah Pengurusan Ekonomi Rukun Tetangga. 

Menurutnya, KRT Telaga Batin berjaya menamatkan penantian hampir 13 tahun dalam usaha merangkul gelaran juara tersebut.


Pengurusi Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Teo Huey Lan menerima sijil Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2023.


Pada masa sama,katanya, JPNIN Terengganu sekali lagi meraih tempat ketiga dalam Anugerah Pengurusan Jiran Wanita yang diwakili KRT Bandar Jertih. 

Jiran Wanita KRT Bandar Jertih dengan ahli Jawatankuasanya mewakili pelbagai kaum pada tahun 2021 pernah mendapat tempat ketiga ketika pertandingan diadakan secara dalam talian.

“Dengan kejayaaan tersebut ia membuktikan bahawa KRT terus relevan dalam membangunkan masyarakat yang progresif dan memberi manfaat kepada komuniti,” ujarnya.


Jawatankuasa KRT Bandar Jertih bersama Maliaman


Katanya, kejayaan ini juga akan terus memberi dorongan kepada pemimpin KRT untuk berusaha dengan lebih kuat dan memberi aspirasi kepada KRT yang lain di negeri Terengganu. - KitaReporters


Sebahagian Jawatankuasa KRT dari seluruh negara yang hadir sempena malam Anugerah Perdana KRT 2023.

 

 

 

12
16
1
10
0

Copy Link: