Kisah penderitaan hidup seorang lelaki warga emas yang terpaksa tinggal sebatang kara selama lebih 30 tahundan mendiami sebuah rumah usang , mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil memberi pertolongan dan bantuan kepada insan malang terbabit. Termasuk daripada sekumpulan anak muda dari group Facebook “Cakna Besut Terengganu (CBT)”. : KitaReporters

Kumpulan Facebook Cakna Besut Terengganu (CBT) melawat rumah Wong sambil menyampaikan sumbangan 


Warga emas keturunan Cina, Wong Yau, 78, dari Kampung Seberang Jertih, Terengganu mendapat simpati banyak pihak kerana ketabahan beliau mengharungi liku-liku hidup bersendirian di tengah-tengah komuniti Melayu.

Kisahnya telah disiarkan dalam KitaReporters bertajuk: "30 tahun sebatang kara! Warga emas tinggal di rumah usang!" 

Sejak kisah beliau disiarkan pada 7 Jun 2020, banyak pihak menghubungi penulis yang ingin tahu perkembangan mutakhir lelaki berkenaan kerana masing-masing ingin berkunjung ke teratak buruk untuk melihat sendiri kehidupan sehrian lelaki itu sambal menyampaikan bantuan.

Terbaharu, sekumpulan anak muda dari group Facebook “Cakna Besut Terengganu (CBT)” mengajak penulis untuk bertemu mata dengan Wong bagi menyampaikan sendiri sumbangan kepada warga emas terbabit.

Pentadbir group CBT, Nik Hasmira Nik Yahya.


Pentadbir group CBT, Nik Hasmira Nik Yahya, 33, berkata, pihaknya terpanggil untuk turun padang membantu lelaki terbabit selepas mendapat info dari KitaReporters yang memaparkan kisah kehidupan lelaki keturunan Cina yang hidup dalam kelompok besar kaum Melayu di pinggir bandar Jertih.

Katanya, beliau amat bersimpati dengan lelaki berkenaan dan atas tanggungjawab sosial dan perikemanusiaan tanpa mengira kaum, pihaknya bersepakat dengan ahli group CBT mengumpul dana secara sukarela untuk membantu lelaki tersebut.

Beliau berkata, selepas mendapat dana daripada ahli group, beliau membeli pelbagai peralatan termasuk selimut, tilam dan makanan untuk diberikan warga emas berkenaan.

Nik Hasmira menyampaikan sumbangan kepada Wong Yau.


“Alhamdulillah urusan saya menyerahkan bantuan dipermudahkan dengan adanya sokongan ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih yang turut membantu menjejak lelaki itu,” katanya.

Nik Hasmira berkata, beliau menyerahkan sumbangan kepada lelaki terbabit di rumah usang lelaki berkenaan.

Logo group Facebook Cakna Besut Terengganu (CBT)  di https://www.facebook.com/groups/2422542187769960/


Selain itu,katanya kebetulan di lokasi yang sama, ada dua lagi insan terbiar yang masing-masing tinggal sebatang kara di rumah yang agak menyedihkan.

Beliau berkata, ini bukanlah kali pertama pihak CBT membantu golongan yang memerlukan, sebaliknya sejak group itu ditubuhkan pada 5 Mei 2019 sudah banyak kerja amal dilakukan oleh group berkenaan.

“”Alhamdulillah sejak ditubuhkan setahun lalu, CBT kini mempunyai jumlah keahlian lebih 31,500 dan menjadi kumpulan Facebook paling popular di daerah Besut,” katanya.

Pentadbir group Facebook CBT turun padang membantu komuniti


Katanya, sesuai dengan nama group Cakna Besut Terengganu (CBT) ia sememangnya mengambil cakna kepada pelbagai masalah komuniti daerah itu yang menjadikan CBT sebagai saluran untuk mengadu hal berkaitan masyarakat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Erra berkata, pihaknya juga diibaratkan sebagai penghubung antara ahli dengan komuniti, jabatan dan agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Nik Hasmira (dua dari kiri) bersama rakan pentadbir group Facebook CBT sentiasa cakna komuniti


Beliau berkata, sebagai medium menyalurkan maklumat, sehingga kini banyak isu berbangkit seperti masalah longkang tersumbat, jalan rosok, kes jenayah, kehilangan kenderaan dan orang hilang dapat diselesaikan dengan pihak berkuasa.

Mengenai berkata, bagi meneruskan usaha membantu tiga insan malang di kampung itu, pihaknya dengan kerjasama KRT Bandar Jertih akan mengadakan kerja gotong royong membersih rumah usang itu pada Selasa, 16 Jun 2020 jam 5 petang.

“Semoga kerja-kerja murni dan ikhlas yang dilakukan oleh ahli CBT tidak dipandang serong oleh masyarakat kerana niat kami adalah ikhlas untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan  bantuan,” kata Nik Hasmira. - KitaReporters

13
1
1
1
1

Copy Link: