Dalam semangat beramal pada bulan Ramadan, Maxis baru-baru ini mengedarkan kotak bekalan makanan untuk keluarga dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang sempena Hari Raya yang menjelang.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan amal perayaan tahunan dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka tersebut. 

“Di Maxis, kami komited untuk membawa perubahan yang bermakna kepada semua komuniti yang kami layani. 

"Sambil kami membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya, kami bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sokongan. 

"Maxis mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.



Maxis telah menyumbang 200 kotak bekalan makanan kepada isi rumah yang kurang berkemampuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang. 

Bekalan itu menyediakan nutrisi penting untuk mereka yang memerlukan pada musim perayaan ini.

Sumbangan tersebut kepada isi rumah Lembah Pantai telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha, dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sementara itu, Ketua Wilayah (Utara) Maxis, Leonard Chin Ying Choi telah menyerahkan kotak bekalan makanan kepada komuniti di Tanjung Tokong, dengan kehadiran Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Kerajaan Negeri, Zairil Khir Johari, semasa Program Iftar Jamae Masjid Tuan Guru yang diadakan baru-baru ini.



Sementara itu, sebagai tanda penghargaan kepada anggota angkatan tentera yang bertugas semasa tempoh Hari Raya Aidilfiri, Maxis juga menyumbangkan 1,000 pek kuih raya bagi menghargai jasa mereka. 

Mariam Bevi telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, pada sebuah majlis yang diadakan di Mindef. - KitaReporters/Kenyataan Media

9
12
0
9
0

Copy Link: