Video| Dunia tangisi 2 anak syuhada! Nasib Haidar serupa Rayan! Mati terjatuh dalam lubang telaga!

Published by
KitaReporters


SELEPAS tiga hari terperangkap di dalam perigi akhirnya kanak-kanak lima tahun dari Kandahar, selatan Afghanistan itu akhirnya menemui penciptanya apabila disahkan meninggal dunia

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Haidar itu dilaporkan terjatuh ke dasar perigi baharu digali oleh penduduk kampung di  Shokok di wilayah Zabul berikutan kawasan berkenaan dilanda kemarau. 


Lagi kisah berkaitan tragedi



Keadaan tersebut membuatkan kawasan perkampungan tersebut dipenuhi apabila ratusan penduduk kampung berkumpul di kawasan berkenaan memberi sokongan kepada ahli keluarga Haidar. 

Pasukan penyelamat pula bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan. 

Bagaimanapun ketika pasukan penyelamat berjaya menarik keluar Haidar daripada telaga itu pada Jumaat 18 Februari 2022 mendapati dia tidak memberi tindak balas dan tidak bernafas. 



Malah jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Annas Haqqani menerusi Twitter memaklumkan berita sedih tersebut.

"Dengan kesedihan yang mendalam, Haidar yang masih muda dipisahkan daripada kami selama-lamanya," katanya.

Terdahulu tular video di media sosial menunjukkan Haidar terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa, 15 Februari 2022 lalu dan hanya mampu melambai tangan dan menggerakkan sebahagian badannya. 

Ketika itu, bapanya tetap memberi semangat kepada untuk terus berkomunikasi. 



Malah datuknya, Abdul Hadi yang setia menunggu operasi menyelamat tersebut berkata, dia pada awal tidak percaya mengenai apa yang berlaku kepada cucu. 

Lelaki berusia 50-an itu berkata, kejadian yang menimpa cucu berlaku ketika Haidar cuba membantu beberapa penduduk kampung menggali perigi berikutan keadaan kemarau melanda perkampungan mereka. 

Perigi yang baharu digali tersebut dikatakan mempunyai kedalaman 25 meter dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter. 

Operasi menyelamat dilakukan berterusan tanpa henti dan kelihatan pasukan penyelamat menurunkan lampu dan kamera ke dalam perigi berkenaan ketika operasi menyelamat dilakukan. 



Kisah tragis ini berlaku kira-kira dua minggu selepas kejadian hampir serupa dengan kejadian yang menimpa Rayan Awram (gambar bawah, kiri), kanak-kanak berusia lima tahun dari Maghribi yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari di dalam lubang perigi sedalam 32 meter.

Semoga kedua-dua kanak-kanak menjadi syuhada dan penghuni syurga Firdaus.

Beruntungnya Haidar (gambar bawah, kanan) pemergianmu ditangisi seluruh alam dan kepulangan ke kampung abadi juga berlaku pada penghulu segala hari. Salam takziah dari bumi Malaysia. - KitaReporters


10
8
1
13
1

Copy Link: