PERKONGSIAN seorang peniaga makan menunjukkan kegigihan pekerjanya yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) menghantar minuman dan makanan pesanan pelanggan mendapat perhatian dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @abangsambal2, kelihatan pekerja OKU itu masih gagah menghantar minuman ke meja pelanggan serta tidak menjadikan kekurangan yang ada pada fizikalnya sebagai halangan untuk mencari rezeki halal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insan-insan OKU


Anda memang hebat dan padu Fik,” ujarnya ringkas dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memuji peniaga itu yang memberi peluang pekerjaan walaupun dalam kalangan OKU serta kagum dengan usaha gigih pekerjanya.



“Masya-Allah, kuat semangat kamu dik dalam mencari rezeki,” kata @SitiZamzura.

“Terima kasih kepada majikan adik ini bagi peluang mencari rezeki,” tulis @AhmadBurhanSerat.

“Selain adik ini, tauke kedai pun memang hebat. Terima kasih kerana ambil adik ini bekerja. Saya respek pada anda berdua,” jelas @BuragasZizo. - KitaReporters


15
8
0
16
0

Copy Link: