LAZIM wanita dan barangan kemas adalah sahabat baik, kerana kilauan emas memberi aura positif kepada si pemakainya.

Mungkin mengambil aura positif berkenaan mendorong seorang lelaki muda dari Vietnam untuk tampil bergaya tersendiri dengan memakai barang kemas pada badannya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan barang kemas


Bukannya seurat rantai atau sebentuk cincin yang disarungkan tetapi uniknya sebanyak 5 kilogram emas disalutkan ke seluruh badannya.

Perkongsian menarik berkenaan membuat lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemilik gerai makanan ringan di bandar Ho Chi Minh itu kini semakin dikenali.

Berkongsi kisah peribadinya kepada portal vinnews8.comDo Ngoc Thuan atau dikenali sebagai Seven Ball mengakui mula meminati barang kemas sejak kecil lagi.



Apabila menginjak remaja dia mula menyimpan wang demi membeli barang kemas untuk kegunaannya sendiri.

Sejak itu dia menabung semata-mata memuaskan hatinya walaupun tahu pemakaian emas hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja. Namun tidak menghalang kepadanya untuk bergaya.

Kini, pemilik kedai makanan ringan itu dikenali di bandar berkenaan kerana keunikan dirinya yang luar biasa.

Malah setiap kali keluar rumah ada sahaja mata-mata yang memandang dirinya kerana kepelikan dirinya yang menggayakan barang kemas dalam kuantiti yang banyak.

Keanihan berkenaan membuatkan dia berjaya meraih perhatian bukan sahaja di alam nyata tetapi juga dalam media sosial. 



Ketika ini, Thuan memakai 10 utas cincin pada setiap jarinya, 30 utas gelang dan lebih 12 utas rantai emas tebal pada badannya.  Jumlah itu tidak termasuk anting-anting emas, gelang kaki serta cincin yang dipakai pada jari kakinya.

Kongsinya lagi, pada peringkat awal dia menggayakan barang kemas ada juga penduduk yang menyangka dia hanya menggayakan dengan barangan perhiasan palsu. 

Namun dakwaan berkenaan dibuktikan kerana semua barangan kemas yang dipakai adalah tempahan khas dari kedai emas di negaranya.

Kini setiap kali berada di tempat awam Thuan akan ditemani pengawal peribadi bagi mengawal keselamatan dirinya memandang pernah menjadi mangsa rompakan sebelum ini. - KitaReporters 



13
13
0
10
0

Copy Link: