PUTERA Harry dan Meghan Markle menjadi orang pertama yang menghubungi Puteri Wales, Kate Middleton, sebaik mengetahui kakak iparnya juga disahkan menghidap barah. Sebelum ini hanya diketahui bapanya Raja Charles yang mengaku sedang menjalani rawatan itensif merawat barah yang tidak diberi maklumat lanjut.

Daily Mail melaporkan Harry dikatakan menghubungi abangnya secara peribadi dan ramai dalam kalangan netizen tidak percaya laporan itu dan sekali gus mereka ditegur kerana cuba mempertikai hubungan dua beradik itu yang boleh terjalin semula selepas keluarga diraja itu diuji penyakit membabitkan raja dan menantu yang juga calon menaiki takhta kerajaan negara itu.

Kate dalam videonya memberitahu dia disahkan menghidap barah itu selepas menjalani pembedahan abdomen sebelum ini dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi pencegahan awal dan berasa sangat sihat dan kuat dalam menempuh dugaan itu.

Sebelum itu, Harry sempat pulang ke London dan bertemu Raja Charles selama 45 minit sebaik diberitahu berita menyayat hati itu. Kini Harry dan Meghan antara yang terkejut apabila diberitahu Kate juga dikesan menghidap barah berkenaan tetapi masih pada peringkat awal.



Perlu diketahui bekas ibu saudara Harry, Sarah Ferguson juga sedang menjalani rawatan barah kulit. 

Harry dan salah seorang anak Sarah iaitu Eugenie sangat akrab malah membenarkan sepupunya mendiami kotej frogmore sebaik saja Harry berpindah ke California untuk menetap bersama Meghan dan dua anaknya, 

Daripada Perdana Menteri, Rishi Sunak yang segera menemui ketua negaranya itu sehinggalah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Wanita Pertama, Jill Biden turut mengutuskan doa dalam Twitter, "Jill dan saya bersama jutaan penduduk dunia mendoakan Puteri Kate segera sembuh. Kamu sangat kuat dan berani."

Seniwati drama Dynasty, Joan Collins memberitahu CBS News, Kate sangat berani ketika memberitahu penyakitnya secara terbuka dan dia berdoa Kate kuat dan ketabahan itu memberinya peluang untuk sembuh. 



Mengejutkan kerana warga England tidak menyangka menerima berita Kate menghidap barah kerana beberapa minggu sebelum ini ramai yang mula berhimpun dan berarak ke Istana Buckhingam mendesak istana mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan Kate yang dituduh sudah meninggal dunia kerana menjadi mangsa kerabat diraja.

Sehinggalah 21 Mac 2024, video pengakuan Kate mengenai penyakit itu diviralkan yang meminta dia diberi masa untuk menjalani rawatan kemoterapi dan kelambatannya muncul di publik sebab dia memerlukan banyak masa untuk mententeramkan anak-anak dan memberi kefahaman mengenai penyakitnya. 

Akhirnya, jelas ketara sesi buruk media negara itu yang menyiarkan gosip liar mengenai skandal suaminya, Putera William dengan sahabat mereka menyebabkan Kate kemurungan sehinggalah dilaporkan sudah meninggal dunia. 

Malah ketika William dan Kate mengunjungi sebuah masjid dilaporkan pasangan itu memeluk Islam dan kenyataan itu tidak dinafikan dan disahkan oleh istana.

Malah William juga tidak menghadiri acara keagamaan yang membabitkan kerabatnya kerana Kate dan Charles tidak boleh berada di tempat terbuka disebabkan sistem imun badan pesakit barah  tidak kuat.



"Sangat jijik melihat sikap orang ramai yang memaksa Kate membuat video dan memohon diberi ruang peribadi disebabkan oleh konspirasi teori dan gangguan media yang menganalisa semua benda dalam saat-saat kesulitan yang mereka sedang lalui," demikian kata Nerd di TikToknya.

William yang kelihatan tenang sejak awal berita mengenai penyakit yang menimpa dua orang kesayangannya itu mengambil peluang berterima kasih dan sangat menghargai doa-doa orang ramai.

Tidak hairan kenapa Meghan awal-awal lagi melarikan diri daripada tumpuan media negara itu kerana bimbang menerima nasib seperti mentuanya, Lady Diana yang dikejar paparazi sehingga mengakibatkan dia meninggal dunia dalam nahas jalanraya di Paris.

Catherine, Princess of Wales, dilahirkan sebagai Catherine Elizabeth Middleton pada 9 Januari 1982 berkahwin dengan Putera William, kawan sekolejnya ketika usia 29 tahun. Dia melahirkan Putera GeorgePuteri Charlotte dan Puteri Louis.

William yang selama ini memikul tugasan Raja Charles mungkin rasa terpukul selama dua tahun ini, bukan saja kehilangan nenek dan datuknya, Putera Philip dan Ratu Elizabeth II malah terpaksa menderita dalam diam berikutan kematian ibunya Diana dan berpisah dengan adiknya Harry. - KitaReporters.com


11
7
0
12
0

Copy Link: