Deretan bakul makanan tersusun rapi untuk diagihkan kepada keluarga pelajar yang ditimpa musibah berikutan PKP.


PROGRAM Cakna Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SKBTHO2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SMKBTHO2) turut menzahirkan kerjasama dan kesepakatan guru-guru dua sekolah berkenaan membantu ibu bapa pelajar yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.

Hasil permuafakatan antara mereka akhirnya berjaya mengumpul dana dan barangan keperluan asas harian untuk diagihkan kepada 100 keluarga pelajar SKBTHO2 dan SMKBTHO2 apabila ramai ibu bapa terjejas sumber pendapatan kerana gaji dipotong, dibuang kerja dan sebagainya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bandar Tun Hussein Onn

Ketua Balai Polis Komuniti BTHO, Sarjan Mohd Emran Mohd Nor mengagihkan bakul makanan kepada seorang bapa pelajar. 


Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Cakna PIBG 2.0 itu, Mohd Faisal Mohd Noor, berkata hasil maklumat yang dikumpul oleh unit kebajikan sekolah terbabit ramai ibu bapa terkesan dengan PKP pandemik Covid-19 sehingga ada yang terpaksa dikategori dalam kalangan keluarga asnaf.

Menurutnya, berikutan masalah berkenaan PIBG dua sekolah yang bersebelahan itu berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menghulurkan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang ditimpa pelbagai musibah dan bebanan berikutan PKP.



Katanya, hasil penajaan beberapa individu termasuk Yang Dipertua PIBG SMKBTHO2, Dato’ Mohd Halim Rahmat Ali; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kedua-dua sekolah terbabit banyak membantu menjayakan program berkenaan khusus dalam menyediakan barangan untuk bakul makanan itu.

“Agihan barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum, telur, susu, teh dan sebagainya ini cukup bagi keperluan selama dua minggu dibuat secara pandu lalu sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang ditetapkan.


Pengarah NADMA, Hussain Moh turut hadir mengagihkan bakul makanan.


“Dua laluan berbeza untuk ke sekolah berkenaan bagi mengelak kesesakan dan pertembungan sudah ditetapkan untuk digunakan ibu bapa dan langkah ini berhasil melancarkan agihan dilakukan yang turut pantau oleh Polis Komuniti BTHO pada 17 Julai Sabtu lalu,” jelas Mohd Faisal yang juga Yang Dipertua PIBG SKBTHO2.

Beliau berkata, seperti dalam program pertama iaitu PKP 1.0 pada Ramadan tahun 2020 lalu, pemilihan keluarga pelajar dilakukan guru kelas dan untuk kali kedua PKP 2.0 langkah yang sama turut digunakan sebelum perkara itu diperincikan lagi oleh jawatankuasa terbabit dengan kerjasama KSIB kedua-dua sekolah berkenaan.


Penaja program, Dato' Laksamana Muda Saiful Lizan Ibrahim turut hadir mengagihkan bakul makanan kepada keluarga pelajar terbabit.


Menurutnya, selain itu pihak sekolah terbabit turut menyediakan Gerobok Rezeki bagi kemudahan kepada ibu bapa yang kesempitan dan memerlukan sumber makanan boleh datang mengambil sekadar yang diperlukan dengan memaklumkan kepada guru bertugas.

Katanya, dana terkumpul pula akan digunakan untuk membantu ibu bapa memerlukan bantuan segera seperti membeli gas memasak, barangan basah dan sebagainya dengan diuruskan oleh guru yang akan menghubungi kedai runcit bagi menyediakan bekalan serta menghantar terus ke rumah ibu bapa pelajar terbabit.


Guru bertugas menunggu kedatangan wakil keluarga pelajar terjejas kerana PKP mengambil bakul makanan.


“Begitu juga bagi keluarga pelajar yang kesempitan dan dikenakan pula kuarantin, pihak sekolah akan membeli barangan keperluan untuk mereka serta menghantarnya ke rumah, paling penting mereka perlu menghubungi pihak sekolah dan memaklumkan situasi sebenar.

“Saya berasa kagum dengan kelancaran program ini kerana mendapat kerjasama baik daripada semua guru dan KSIB diketuai Ketua Bironya, Adibah Sukir yang gigih berusaha membantu keluarga pelajar ditimpa musibah ekoran PKP pandemik Covid-19,” katanya. - KitaReporters


Adibah Sukir menghulurkan beras dan bakul makanan kepada ibu pelajar daripada keluarga yang terkesan berikutan PKP.


Pengetua SMKBTHO2, Zainap Sidek menghulurkan bakul makanan kepada seorang bapa pelajar.

17
4
0
0
0

Copy Link: