Video| Mandi telur kerana harga anjlok! Penternak buat demo beri telur, ayam hidup secara percuma!
Published byAnlok (jatuh mendadak) atau turunnya harga ayam dan telur pasti melegakan masyarakat kerana ia adalah antara sumber makanan asas yang mungkin diguna setiap hari.
Para peternak memberi ayam percuma kepada orang ramai.
Namun bagi golongan penternak, turunnya harga dengan ketara sedangkan harga makanan ternak terus meningkat akan menjejaskan kehidupan mereka.
Lalu sekumpulan penternak dan penjual telur dan ayam di daerah Solo, Jawa Tengah melakukan protes meminta pihak kerajaan menstabil harga telur dan daging ayam agar tidak merugikan para peternak.

Ada yang mandi telur, ada pula yang memberi ayam hidup secara percuma.
Protes dilakukan di di Bundaran (Bulatan Bandaran) Gladag, Kota Solo, Jawa Tengah, pada Selasa 7 Julai 2025.
Sekumpulan penternak ayam dengan menggunakan beberapa kenderaan pikap turut membawa tiga peti telur iaitu sebanyak kira-kira 50 kilogram telur dan 80 ekor ayam hidup.
Mereka memberi telur ayam dan ayam hidup secara percuma kepada orang ramai yang menyaksikan demonstrasi itu.
Andi sanggup mandi dengan cairan telur sebagai tanda protes
Namun aksi demo itu menarik perhatian apabila ada pendemo yang dikenali sebagai Ardi, dari Kabupaten Karanganyar, Solo memecah kira-kira 30 kilogram telur lalu mandi dengan cecair telur dalam satu bekas atas sebuah pikap sebagai tanda protes harga turun mendadak.
Menurut Ardi, aksi itu khusus ditujukan kepada Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman agar menstabilkan harga telur dan ayam.
Ada peternak memakai pakaian adiwira bagi memberi telur percuma kepada orang ramai.
Dua bahan penting keperluan rakyat ini mengalami penurunan drastik harga iaitu kira-kira 50 peratus daripada harga sepatutnya kerana menurunnya kemampuan orang ramai membeli lalu menyebabkan stok berlebihan di pasaran. - KitaReporters
