Teroris! 4,119 pelajar, 221 guru di Gaza dibunuh! 348 sekolah musnah! Hasil genosid aparteid Israel!

Published by
KitaReporters

Penduduk Tebing Barat membawa jenazah anak kecil yang menjadi mangsa dalam serangan bom oleh tentera aparteid Israel, di Tebing Barat. Kredit foto: nytimes.com

SELEPAS 87 hari perang Gaza- Israel melanda, Kementerian Pendidikan di Gaza mendedahkan kira-kira 4,119 pelajar sekolah yang terkorban dan lebih 7, 536 yang lain mengalami kecederaan dalam serangan berterusan tanpa belas kasihan daripada tentera aparteid Israel di Gaza.

Kementerian berkenaan yang dipetik oleh agensi berita Wafa pada 2 Januari 2024 lalu berkata, tentera aparteid juga turut membunuh 37 pelajar sekolah di Tebing Barat manakala 282 yang lain dilaporkan cedera sejak perang yang bermula 7 Oktober 2023.


Seorang daripada ramai kanak-kanak mangsa pengeboman dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat terkena serangan oleh tentera Israel di Gaza. - Kedit foto: Al-Jazeera


Bukan sekadar pelajar yang menjadi mangsa, malah golongan guru juga tidak terkecuali apabila sebanyak 221 cikgu dan kakitangan sekolah terkorban, manakala 703 yang lain dilaporkan cedera di Gaza dalam serangan berterusan berkenaan.

Malah kenyataan juga memaklumkan sebanyak 348 buah sekolah di seluruh Gaza juga musnah teruk dalam serangan bom selain 38 buah lagi sekolah di Tebing Barat.


Sebahagian kanak-kanak yang berlindung di kawasan sekolah melarikan diri selepas serangan darat oleh tentera di Gaza. - Kredit foto: DCI-palestin.org

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, dan sehingga kini telah membunuh kira-kira 21,978 rakyat Palestin. Angka pembunuhan terus meningkat setiap hari.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakannya yang menjadi mangsa pembunuhan adalah wanita dan kanak-kanak, selain 57,697 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - KitaReporters


Seorang remaja Palestin meratapi kematian seorang daripada adik beradiknya yang menjadi mangsa dalam serangan berterusan di Gaza. Foto:nbcnews.com

 

14
12
0
11
0

Copy Link: