Hentikan tindakan melampau! Serang kedai-kedai akibat kempen boikot! Elak jejaskan keamanan awam!

Published by
KitaReporters


Kami menggesa tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan menyerang kedai-kedai rangkaian akibat kempen boikot perlu dihentikan segera.

Ini bukan tindakan yang bijak untuk menangani isu kalimah Allah yang menjadi isu hangat yang didebatkan kebelakangan ini.

Kami menggesa agar kempen berterusan yang semakin mengarah kepada tindakan melampau yang menjejaskan keamanan awam mesti dihentikan. 

Kami kesal dan membantah pihak yang bertindak di luar kerangka undang-undang. 



Kami memahami bahawa sensitiviti agama tidak boleh dibenarkan dan tindakan tegas pihak berkuasa untuk menyiasat dan menguatkuasakan undang-undang perlu dilaksanakan. 

Tetapi bila wujud kempen berlebihan yang menanam perasaan benci berunsur perkauman dan menganjurkan tindakan ekstrim, maka pihak berkuasa perlu bertindak.

Kami menyeru para ulama dan pendakwah berperanan menasihati masyarakat awam agar memberi panduan bagaimana Islam menangani isu seperti ini dalam konteks berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.

Pihak yang tegar memberi komen dan mencetuskan sentimen kebencian agama dan kaum perlu dipandu dengan hikmah supaya isu ini tidak terus menjadi semakin panas dan tegang dan di luar kawalan pihak berkuasa. 



Kepentingan kolektif harus mengatasi sentimen dan emosi individu. Hukum harus menjadi keutamaan dan bukan kebencian tanpa ilmu dan maklumat yang tepat.

Kami mengusulkan agar pihak berkuasa agama memainkan peranan agar tindakan undang-undang diambil. 

Sementara itu, pendekatan dakwah yang berciri hikmah, mauizatul alhasanah dan mujadalah billati hiya ahsan diguna untuk mengekalkan keharmonian.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



12
15
0
10
0

Copy Link: