Demi keselamatan perairan negara! TLDM, Maritim laksana eksesais Ostex West dan Samudera Perkasa!
Published byKerjasama eksesais antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) penting dalam memastikan keselamatan perairan negara terjamin.
Kapal KD Terengganu dan KM Bagan Datuk menjalani latihan Eksesais Ostex West 2026 dan Eksesais Samudera Perkasa 9/26, yang bermula pada 14 hingga 25 Jun 2026.
Bagi tujuan itu, eksesais kali ini telah melibatkan 10 buah kapal TLDM dan tiga buah kapal Maritim Malaysia serta sebuah helikopter TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu Maritim Malaysia telah dilaksanakan melalui Eksesais Ostex West 2026 dan Eksesais Samudera Perkasa 9/26, yang bermula pada 14 hingga 25 Jun 2026 lalu di Markas Wilayah Laut 3, Pangkalan TLDM di Langkawi, Kedah.
Eksesais Samudera Perkasa pula adalah eksesais tahunan antara TLDM dan Maritim Malaysia
yang dijalankan sejak 2016 melibatkan sebahagian kecil aset daripada kedua-dua
perkhidmatan dan agensi.
Gabungan
kedua-dua eksesais telah meningkatkan kerjasama antara TLDM dan Maritim
Malaysia dari skala kecil kepada skala sederhana.
Turut terlibat dalam eksesais ini adalah Tim Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Tim Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia.

Eksesais ini dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut, perairan Selat Melaka Utara hingga ke perairan Langkawi.
Konsep pelaksanaan eksesais pada kali ini adalah bertemakan peperangan maritim dan Search and Rescue (Mencari dan Menyelamat atau SAR).
Eksesais
kali ini turut mencatat satu lagi pencapaian penting apabila TLDM berjaya melaksanakan
latihan penembakan menggunakan sasaran udara jenis target drone di laut.
Penggunaan
teknologi ini bagi menggantikan ketiadaan sasaran tunda udara yang dilihat sebagai
lebih menjimatkan kos.
Di samping
itu, ia tetap dapat membantu pelaksanaan latihan serta menguji keupayaan sistem
penderia, persenjataan kapal dan kompetensi kru dalam menghadapi ancaman udara.
Pelaksanaan ini juga menjadi satu milestone penting kepada TLDM dalam usaha untuk memperkenal teknologi dan pendekatan baharu dalam meningkatkan keberkesanan latihan serta operasi maritim.
Panglima
Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor, ketika menutup Eksesais
itu berkata, Ostex West merupakan eksesais tahunan yang melibatkan hampir
keseluruhan aset Armada Barat TLDM.
Beliau
berkata, terdapat tiga pengajaran penting yang boleh diambil iaitu pengajaran
pertama adalah walaupun tugas teras TLDM dan Maritim Malaysia berbeza, pada
hakikatnya kawasan operasi keduanya adalah sama.
“Eksesais
ini juga telah membuktikan bahawa TLDM dan Maritim boleh dan sebenarnya perlu
berkerjasama dalam memastikan keselamatan maritim negara terjamin.
“Tindakan yang diambil seperti contohnya peningkatan kerjasama TLDM-Maritim Malaysia dalam eksesais ini akan mencorakkan tahap kerjasama dan corak pemikiran generasi kedua-dua pihak untuk masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM Lumut Perak pada 25 Jun 2026.
Majlis
penutup eksesais tersebut diadakan di Markas Wilayah Laut 3, Pangkalan TLDM
Langkawi yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia,
Laksamana Madya (M) Mohd Zawawi
Abdullah.
Sehubungan
itu,Baharudin berkata, TLDM dan Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh
kerjasama strategik melalui pelaksanaan latihan dan eksesais secara berterusan
selaras dengan keperluan keselamatan maritim negara.
Menurutnya,
kejayaan penggabungan Eksesais Ostex West 2026 dan Eksesais Samudera perkasa 9/26 ini telah menjadi penanda aras baharu kepada usaha memperkasakan sinergi
antara agensi maritim negara demi memastikan kepentingan serta kedaulatan Maritim
Malaysia sentiasa terpelihara. - KitaReports
