Enam daerah di Terengganu kini zon merah, satu daerah zon jingga dan satu kuning


ENAM daripada lapan daerah di Terengganu masih kekal dalam status zon merah sejak pelaksanaan PKPB sehingga PKP 2.0 berikutan daerah terbabit mencatat penambahan kes COVID-19 dalam tempoh tersebut.

Daerah terbabit ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu. Manakala daerah Marang sebelum ini turut tersenarai dalam zon merah pada Isnin 25 Januari 2021 menjadi zon jingga.

Selain itu, daerah Kemaman kekal berada dalam zon kuning apabila mencatatkan kes paling terendah dan tidak sampai pada tahap 40 kes.


Lagi laporan-laporan berkaitan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=JKNT



Marang menjadi jadi zon jingga pada Isnin, 25 Januari 2021 disebabkan jumlah kes penularan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas dengan 40 kes dan kalau menjadi 41 ia akan kembali merah.

Agak mengejutkan ialah daerah Hulu Terengganu pada sepanjang tempoh PKP pertama pada 2020 satu-satunya daerah yang berada dalam zon hijau di Terengganu tetapi kini berada setaraf dengan enam daerah lain dalam katagori merah.



Menurut catatan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berdasarkan situasi terkini pandemik COVID-19 dikeluarkan Isnin 25 Januari 2021 daerah Dungun mencatat 29 kes aktif, Kuala Terengganu (18), Kuala Nerus (13), Setiu (6), Kemaman (4), Marang (4), Besut (3) dan Hulu Terengganu (2). 

Laporan JKNT juga memperlihatkan kes positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 di negeri ini berlaku sedikit penurunan iaitu 79 kes berbanding 179 kes pada Ahad, 24 Januari 2021 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,613 kes. 

Kesemua 759 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa.


Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah JKNT Dr Nor Azimi Yunus berkata, kluster Kebor Air kini yang didaftarkan pada 19 Januari 2021 menular membabitkan empat daerah di negeri itu iaiatu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun dan Kemaman.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini ialah Kes 775 yang merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun dan dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021. Kes 775 mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah di Selangor. 

Pada 25 Januari 2021, didapati 14 kes sedia ada yang telah dikesan di Kuala Terengganu mempunyai kaitan dengan kluster ini.

Mengenai  kes kluster Kampung Bukit Biah, Hulu Terengganu, kluster ini datang jauh dari Wilayah Persekutuan. 

Mereka seramai 29 orang penumpang  menaiki  bas bersama-sama. Daripada jumlah itu seramai 21 positif dan akhirnya menjangkiti ahli keluarga yang lain. Virus dalam bas terbabit kini seramai 59 orang. - KitaReporters


3
2
1
0
1

Copy Link: