Pengkomersialan cendawan susu harimau! Spesies hampir pupus! Usaha sama Yayasan Bambusa, Orang Asli!
Published byTidak ramai yang mengetahui kepentingan cendawan susu harimau dan lingzhi yang merupakan spesies kulat yang dipercayai hampir pupus di habitat liar dalam hutan di negara ini.

Justeru itu,
Yayasan Bambusa telah mengambil inisiatif melaksanakan konservasi berasaskan mikologi (mycology) dan etnobotani (ethnobotany) dengan memfokus utama kepada pemuliharaan kulat susu
harimau di kawasan seluas 250 hektar di Hutan Simpan Piah, dekat Lenggong.
Cendawan susu
harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinoceros semakin sukar untuk ditemukan dan kerana itu ia menjadi khazanah yang hanya boleh didapati di dalam hutan
simpan yang dikawal oleh Jabatan Perhutanan.
Menurut
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bambusa, Dr. Muhamad Hakim
Abdullah, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri dan Jabatan
Perhutanan di kawasan Hutan Simpan Kompartmen 194 dekat Lenggong sebagai tapak konservasi kulat pertama di
Malaysia.
Beliau
berkata, benih pertama cendawan tersebut telah ditanam pada 29 September 2024
ketika majlis pecah tanah oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
“Selepas
hampir tiga tahun, spesies cendawan induk itu berjaya tumbuh semula di habitat
hutan berkenaan.
“Ini menunjukkan usaha memperkenalkan semula cendawan susu rimau ke habitat asal berjaya dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Lenggong pada 20 Mei 2026.


Muhuhamad Hakim Abdullah menunjukkan cendawan susu harimau
Muhammad Hakim berkata, pihaknya mendapat bantuan komuniti Orang Asli suku kaum Lanoh untuk menjadi rangers dan peneraju utama projek itu.
“Mereka ini dilatih
mengenai kaedah memetik benih dan proses penanaman semula cendawan tersebut.
“Kawasan
penanaman kulat itu dipilih berdasarkan kesesuaian tanah, kelembapan, suhu dan
keadaan persekitaran bagi memastikan pertumbuhan kulat berlaku secara semula
jadi,” katanya.
Menurut
beliau, projek ini mempunyai dua peringkat utama iaitu pertama, konservasi
iaitu menanam dan menjadikan kawasan ini sebagai arboretum atau muzium hidup (living museum) manakala kedua, penanaman untuk tuaian ubi cendawan tersebut bagi menghasilkan
produk hiliran.
Tambah
beliau, setakat ini, sebanyak 500 benih cendawan itu telah ditanam dan yayasan
menyasarkan penanaman 2,000 benih setiap bulan bermula Julai 2026 selepas
proses pengumpulan benih dijalankan.
Selain cendawan susu harimau dan lingzhi, pihak yayasan turut merancang memperkenalkan semula kira-kira 20 spesies kulat liar yang boleh dimakan dan 68 spesies herba hutan yang hampir pupus termasuk tongkat ali, kacip Fatimah dan pokok gaharu.

Muhamad
Hakim berkata, Yayasan Bambusa kini dalam proses memperkenal produk pertama
berasaskan cendawan susu rimau di dunia termasuk makanan sedia dimakan bersama
sos pencicah, kopi cendawan susu rimau dan teh misai kucing campuran cendawan
susu rimau.
Beliau
berkata, produk-produk tersebut telah menerima permintaan awal daripada pasaran
Amerika Syarikat (AS) dan semua hasil jualan produk hiliran itu akan disalurkan
kepada komuniti Orang Asli di bawah jenama Lano bagi meningkatkan sosioekonomi
mereka.
Beliau
berkata, objektif kami ialah memohon tanah, membangunkan projek dan akhirnya
menyerahkan pengurusan sepenuhnya kepada komuniti kerana yayasan hanya
bertindak sebagai mentor, pembiaya dan pembimbing.
Menurutnya, Lenggong yang kini memiliki status Tapak Warisan Dunia UNESCO dan UNESCO Global Geopark berpotensi memohon pengiktirafan UNESCO Biosphere menjelang 2027 hasil usaha konservasi luar biasa yang sedang dijalankan di kawasan itu.

Dalam pada
itu, Muhamad Hakim berkata, seramai 10 renjer Orang Asli kini bekerja bersama
yayasan dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan selain mereka juga memperoleh
pendapatan tambahan daripada hasil getah dan produk hiliran yang dibangunkan.
Beliau
berkata, pihaknya bercadang mewujudkan pusat rujukan, pembenihan dan
penyelidikan di kawasan ini dengan kerjasama universiti-universiti berkaitan
pada masa hadapan.
Menurutnya,
cendawan susu harimau telah digunakan oleh masyarakat Orang Asli sejak ribuan
tahun lalu dan terkenal kerana dipercayai mempunyai nilai perubatan terutama
berkaitan penyakit saluran pernafasan seperti asma dan jangkitan paru-paru.
“Ketika pandemik COVID-19, cendawan ini menjadi semakin popular dan banyak kajian saintifik telah diterbitkan mengenai khasiatnya,” katanya. - KitaReporters
