Video| Piramid ada di China? Dihuni golongan elit? Pangsapuri bentuk piramid di Kushan jadi tarikan!

Published by
KitaReporters
Jika anda pergi melancong ke China, jangan lupa melawat bandar Kunshan di wilayah Jiangsu yang terletak di antara bandar raya utama Shanghai dan Suzhou. Ia terletak kira-kira 50km dari pusat bandar raya Shanghai.

Piramid Kushan menjadi ikonik bandar raya Kushan dan popular di China


Kunshan mempunyai bangunan ikonik yang jangan lupa untuk dikunjungi iaitu Piramid Kushan.  

Ia terletak di daerah Huaqiao dan merupakan bangunan pangsapuri paling terkenal di China. Ia siap pada tahun 2013 dan sejak itu telah menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Kushan.  

Tidak seperti piramid sebenar, Piramid Kunshan setinggi 18 tingkat dan mempunyai dua dinding luaran menegak. 

Tetapi dua yang lain condong, dengan pangsapuri melata pada sudut 45 darjah dan mencipta kesan visual yang mengagumkan. 

Piramid Kushan menjadi tempat penginapan popular golongan elit

Masters’ Architectural Office adalah firma seni bina projek ini. Difahamkan ia diilhamkan daripada sawah padi teres tradisional di China dan akhirnya menjadi seperti wujudnya piramid di China. 

Setiap apartmen di bahagian bertingkat-tingkat dilengkapi dengan teres yang besar dan bangunan itu secara keseluruhannya menghadapi beberapa cabaran praktikal. 

Bentuk piramid yang unik mencipta cabaran dalam pengudaraan dan pencahayaan ruang dalaman. Manakala reka bentuk yang rumit juga memberi kesan kepada keselamatan kebakaran.

Kerana keunikan kompleks apartmen ini, ia menjadi tumpuan golongan golongan elit untuk mendiaminya. 

9
12
0
10
0

Copy Link: