Pertemuan menarik! Madu kelulut jadi ubat kumur mulut! Selamat dan semula jadi! Hasil UKM, USIM!
Published bySiapa sangka madu kelulut yang selama ini begitu popular sebagai makanan sunah dan produk kesihatan semula jadi kini berjaya diterokai sebagai ubat kumur inovatif.

Malah ia kini sebagai ubat kumur klinikal berasaskan bahan semula jadi yang kaya dengan ciri antibakteria serta antiinflamatori (antiradang).
Sebagaimana kita sedia maklum, madu kelulut berpotensi membantu penjagaan gusi secara lebih selamat dan berkesan.
Antara kelebihannya adalah selamat untuk ditelan, bebas alkohol dan tiada kesan sampingan seperti sesetengah ubat kumur komersial.

Antara penyelidik yang turut terlibat dalam proses madu kelulut sebagai ubat kumur klinikal.
Kejayaan hasil penyelidikan penyelidik dari Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan oral, sebaliknya berpotensi memperkasa industri madu kelulut tempatan khususnya dalam kalangan pengusaha luar bandar.
Formula ubat kumur klinikal ini sebenarnya menggunakan kepekatan madu kelulut sebanyak 20 peratus yang dibuktikan secara saintifik mempunyai ciri antibakteria dan antiradang yang berkesan.
Ubat kumur ini berpotensi membantu dan merawat serta mencegah masalah keradangan gusi.
Ia juga tidak memudaratkan jika tertelan dan dibangunkan dengan menggunakan madu kelulut asli yang dicampur dengan air bagi menghasilkan kepekatan madu sebanyak 20 peratus.

Lebih menarik lagi ubat kumur berasaskan madu kelulut ini menggunakan bahan makanan yang selamat untuk ditelan, tidak mengandungi alkohol serta tidak mempunyai kesan sampingan seperti sesetengah ubat kumur biasa yang ada di pasaran. - KitaReporters
