“Ledakan sains” mewarnai pembukaan Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur yang berlangsung di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Kuala Terengganu dari 18 Julai hingga 20 Julai 2026, untuk pengunjung menerokai dunia sains yang penuh interaktif dan berinovasi.


 

Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 Julai 2026 berjaya menarik pelbagai lapisan pengunjung termasuk pada peringkat usia prasekolah. 


Oleh KARIM DAUD

“Ledakan sains” mewarnai pembukaan Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur yang berlangsung di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di Kuala Terengganu, sekali gus mencetuskan sambutan meriah dalam kalangan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat untuk sama-sama menerokai dunia sains yang penuh interaktif dan berinovasi.

Malah ada antara pengunjung yang juga merupakan murid-murid sekolah sanggup menempuhi perjalanan jauh untuk hadir ke Kuala Terengganu semata-mata kerana minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sekali gus membuka ruang pendedahan lebih luas kepada masyarakat luar bandar di negeri-negeri Pantai Timur.


Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 Julai 2026 lalu berjaya menarik pelbagai lapisan pengunjung termasuk dari peringkat usia prasekolah. 


"Sememangnya jarak bukan menjadi halangan untuk minat kami hadir ke karnival sains ini. Ada di antara kami hadir bersama dengan cikgu sekolah masing-masing begitu juga ada antara mereka hadir bersama ibu bapa dan keluar sendiri untuk hadir bertemu di PSKT. 

"Ia satu pengalaman yang amat bermakna khususnya buat kami dari luar bandar," berkata Nurina Raudah Jannah Zulkifli, murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Seri Berang, Hulu Terengganu.


Pengunjung berpeluang merasai sendiri mengendalikan kenderaan robotik kawalan jauh sekaligus menarik minat seawal usia kanak-kanak untuk mendekati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)


Manakalah bagi suri rumah sepenuh masa, Sanizaratna Mohd Shafiae, yang berusia 44 tahun, beliau memuji penganjuran karnival sains ini tidak mengenakan sebarang caj bayaran masuk untuk selama tiga hari penganjuran dari 18 Julai sehingga 20 Julai 2026.

"Untuk keluarga besar seperti kami apatah lagi sewaktu keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, kos menjadi pertimbangan untuk sesuatu perkara. 

"Jadi hari ini kami memanfaatkan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada ini secara tidak langsung merapatkan hubungan kekeluargaan pada hujung minggu ini. 

"Sebenarnya, ini kali ke-4 kami menjejakan kaki ke sini (PSKT) dan sememangnya apa yang ada di pusat sains ini tidak pernah membosankan. Kali ini kami hadir lebih ramai dengan sanak saudara lain," ujar ibu kepada 4 orang cahaya mata ini.


Pameran dinasour semperna karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur yang berlangsung di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu antara tarikan utama yang menjadi perhatian murid-murid sekolah.


Manakala bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Mohd Azrie Mat Amin bersama pasangannya mengambil peluang pada hujung minggu untuk turut sama hadir ke karnival sains ini.

"Setiap kali cuti pada hujung minggu selalunya kami meluangkan masa di tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain, tetapi kali ini terdetik untuk hadir ke sini (PSKT) ini setelah mendapat tahu penganjuran ini daripada rakan kami di kampung. 

"Bagi saya, karnival sains ini tidak hanya mampu menarik minat dari murid-murid sekolah atau generasi muda malah bagi orang dewasa seperti kami ini juga. 

"Pameran berkaitan bahaya radiasi dalam kehidupan seharian ia satu benda baru untuk saya ketahui," jelas Mohd Azrie Mat Amin yang hadir bersama pasangan dari Durian Guling, Marang.


Pameran 'beradiasi' oleh Jabatan Tenaga Atom Malaysia menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat sendiri 'sinaran radiasi' yang menjadi sebahagian dari daya tarikan karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur. 


Turut berlangsung adalah program 'Jom Lari-Lari' yang menjadi acara pembuka tirai pada hari pertama penganjuran yang berkonsepkan karnival dengan penglibatan dari pelbagai agensi berkaitan bidang STEM menjadi tambah nilai bagi edisi ke-4 ini yang melabuhkan tirai pada Isnin, 20 Julai 2026. - KitaReporters


'Jom Lari-Lari' menawarkan jarak sejauh 4KM menjadi acara pembukaan Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur yang berlangsung di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu. 

11
12
0
12
0

Copy Link: