Video| Ada beran? Jalan paling bahaya di dunia! Zigzag dengan 18 selekoh tajam! Mengerikan pemandu!
Published by
Dan juga terdapat satu jalan sempit yang menakutkan pengguna iaitu Jalan Batu Token Wuxi (Wuxi’s Token Stone Road). Ia dianggap jalan paling bahaya di dunia.
Jalan ini hanya sepanjang 3.7 kilometer (2.29 batu), dari Kampung Tian Ping ke 201 Provincial Road. Dan bahagian zigzag hanya selebar 453 meter. Ia sudah cukup mencabar walaupun bagi pemandu yang cukup berpengalaman.
Dibina pada 2012 dan diturap pada 2019, jalan bengkang bengkok unik Chongqing memerlukan kenderaan bergerak dengan sangat perlahan dan mengemudi setiap selekoh tajam dengan berhati-hati.

Nasib baik, komuniti Tian Ping tidak begitu ramai. Ia mengelakkan jalan sesak.
Walaupun jalannya berbahaya namun kemalangan amat jarang berlaku. Ini kerana pemandu memandu dengan berhati-hati.
Jalan Batu Token Wuxi ditutup kepada trak, bas dan kenderaan yang menunda karavan besar kerana jalan zigzag itu tidak sesuai.
