KALAU dah namanya ajal boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa, tidak kira tua atau muda sampai masa ‘kembali’ juga kepada pencipta-Nya. Kejadian sama turut berlaku kepada seorang remaja di Indonesia yang meninggal dunia akibat terkena panahan petir ketika sedang melepak bersama rakan-rakannya di Desa Pututsari, Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia. : KitaReporters


Gambar hiasan. - Kredit foto: portal voi.id


Lagi kisah-kisah berkaitan petir:

https://kitareporters.com/search?search=petir 


Memetik Tribunnews.com, remaja yang dikenali M Wahid dikatakan meminta izin ibu bapanya untuk keluar melepak di warung kopi berhampiran rumahnya pada 24 November 2020.

Namun ketika tiba di warung berkenaan hujan turun dengan lebat menyebabkan mereka tidak boleh berbual. 


Gambar hiasan. - Krediti foto: Bangalore Mirror


Keadaan itu menyebabkan, remaja berusia 16 tahun itu terus mengalihkan pandangan dan bermain permainan telefon dalam talian dalam keadaan telefon yang sedang dicas.

Namun ketika leka melihat skrin telefonnya, satu panahan petir secara tiba-tiba menyambar ke arahnya menyebabkan mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kejuruan Desa Putatsari itu terpelanting dari tempat duduk. 



Situasi mencemaskan itu menyebabkan semua yang ada di warung berkenaan terus menghampiri remaja berkenaan yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Lebih menyedihkan terdapat kesan terbakar pada kedua-dua bahagian belah tapak tangan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Walaupun kisah terpencil melibatkan remaja maut akibat disambar petir ketika ralik bermain permainan di telefon yang sedang dicas tidak harus dipandang ringan.

Semoga kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua, walaupun sering kali berlaku kemalangan maut melibatkan telefon namun masih ramai yang tidak mengendahkan nasihat supaya tidak menggunakan telefon ketika hujan lebat dan sedang dicas. 

Jangan kerana kedegilan kita orang lain yang mendapat merana. - KitaReporters

1
4
6
0
0

Copy Link: