Pelancong, rakyat boleh jadikan buluh sebagai pokok angkat! Bantu program tanam lebih banyak buluh!

Published by
KitaReporters

Mohd Firdaus Ahmad (dua dari kanan) menerima cenderhati berupa barangan kraf tangan daripada Kamaruzaman Othman di Langkawi Bamboo Festival 22, Langkawi, Kedah. - Kredit foto: FB YB ADUN Kuah / EXCO Negeri Kedah.


TANAMAN buluh secara komersial atau berskala besar kurang diterokai golongan petani, pekebun atau individu berbanding tanaman seperti kelapa, kelapa sawit dan getah.

Mungkin hasilnya tidak begitu lumayan dan pasaran pula agak terhad serta kurang promosi oleh pemain-pemain industri.

Buat permulaan sebanyak  6 juta pokok buluh sudah tersedia ditanam di Pulau Langkawi, Kedah sebelum ditingkatkan kepada 10 juta pokok melalui kaedah pendigitalan.


Lagi



Apa yang lebih menarik, para pelancong kini boleh menyertai dalam kempen program menanam pokok buluh secara progarm dalam talian dengan menjadikannya sebagai “pokok angkat” menerusi aplikasi Adopt A Bamboo yang dilancarkan oleh Pertubuhan Amanah Warisan Kedah (PUTRA), dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Pengerusi Jawantankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, ia selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan pemain industri menjadi pencipta, pengguna dan mengadaptasi model perniagaan yang lebih inovatif.

Di samping itu juga usaha tersebut dapat memperkasa ekonomi dan sosial komuniti setempat.


Mohd Firdaus Ahmad (tiga dari kanan) melihat hasil-hasil produk pokok buluh di Pameran Langkawi Bamboo Festival 2022, Langkawi. - Kredit foto: FB YB ADUN Kuah / EXCO Negeri Kedah.


Mohd Firdaus Ahmad (dua dari kanan) tertarik melihat basikal yang diperbuat daripada buluh di Langkawi, Kedah. - Kredit foto: FB YB ADUN Kuah / EXCO Negeri Kedah.


Malaysia kini dianggarkan mempunyai lebih 70 spesies buluh dan 45 daripadanya adalah merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi dan liar di kawasan hutan-hutan negara.

Industri buluh negara ketika ini, adalah sangat kecil dan hanya 567 penanam buluh tempatan yang terbabit secara langsung dalam industri papan buluh, perabut, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan kraftangan.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Langkawi Bamboo Festival 2022 yang berlansung selama tiga hari bermula 25  sehingga 27 November 2022 lalu di Telaga Walk Langkawi.

Ketua Pengarah MTIB, Kamaruzaman Othman turut hadir dalam majlis pementeraian perjanjian persefahaman (MoU) antara PUTRA dengan Brogrammer Digital Sdn Bhd yang antara lain bertunjangkan kepada menjana pembangunan perniagaan dalam talian. – KitaReporters


Antara produk yang berasaskan daripada pokok buluh turut dipamerkan di Langkawi Bamboo Festival 2022, Langkawi, Kedah. - Foto kredit: FB YB ADUN Kuah / EXCO Negeri Kedah.


Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/924579/industri-buluh-akan-terus-diperkasa

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/11/1032388/langkawi-sasar-pengeluar-buluh-terbesar-negara

8
15
0
11
0

Copy Link: