Unit bas bergerak dari Putrajaya digunakan untuk suntikan vaksin penduduk di DUN Jabi, Setiu,Terengganu.


PROGRAM Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) merupakan inisiatif antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Program berbentuk PPV bergerak tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa CITF Pusat.

Melalui MOVAK tiga unit kerja digerakkan sepenuhnya oleh sukarelawan Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Penggerak Komuniti Negara, MAPIN, PRIMA dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KRT

Mohd Rosli Alias


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu, tidak ketinggalan diberi tugas dan tanggungjawab mengendalikan program berkenaan bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan proses pemberian vaksin dalam komuniti.

Penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Setiu, Terengganu turut mendapat manfaat daripada program berkenaan apabila kawasan itu dipilih sebagai lokasi pertama pelaksanaan program di negeri tersebut

Pengarah JPNIN Terengganu, Mohd Rosli Alias berkata, program pertama yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Jabi pada Khamis 29 Julai 2021 mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, program sehari bagi suntikan vaksin dos pertama itu berjaya memberi suntikan kepada 500 penduduk sekitar kawasan DUN berkenaan.


Sukarelawan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mendaftar peserta vaksin di Sekolah Kebangsaan Jabi, Setiu


Menariknya, kata Rosli penerima vaksin melalui program itu mereka diberikan suntikan di atas sebuah bas khas yang didatangkan dari Putrajaya.

Mohd Rosli berkata, program secara bergerak itu akan menjelajah ke seluruh lapan daerah di negeri untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti.


Jururawat KKM sedang memberi suntikan kepada Roslina Mat Razi di atas sebuah bas khas.


“Saya menjangkakan antara 30 dan 40 lokasi akan dijadikan pusat pemberian vaksin secara bergerak sehingga akhir Oktober 2021,” katanya pada media selepas memantau aktiviti suntikan di Sekolah Kebangsaan Jabi pada Khamis 29 Julai 2021.

Seorang penerima vaksin, Roslina Mat Razi, 51, berkata beliau teruja kerana terpilih menyertai program tersebut kerana sudah lama menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Roslina yang berkerusi roda berharap akan dapat datang lagi untuk membuat suntikan pada sesi dos kedua pada pertengahan September 2021. 


Dr Azman (tiga dari kiri) dan Mohd Rosli memperkatakan sesuatu mengenai program MOVAK


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya mengucapkan terima kepada agensi terbabit kerana memilih DUN Jabi sebagai lokasi pertama untuk program berkenaan.

“Sehingga ini sudah lima kali aktiviti suntikan vaksin dilaksanakan di sekolah berkenaan oleh pelbagai agensi  dan ramai penduduk kawasan itu sudah mendapat vaksin,” katanya. - KitaReporters


Dr Azman dan Mohd Rosli mengambil peluang bergambar kenangan di sudut bergambar.

2
1
0
0
1

Copy Link: