Kredit foto: Harian Metro


KECEWA setelah genap dua tahun tuntutan pampasan tidak dipedulikan, 800 bekas pekerja syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad melancarkan petisyen bagi mendesak agar hak mereka diberikan.

Portal Edisi 9 melaporkan, petisyen dalam talian melalui Change.com itu dibuat setelah segala usaha yang dilakukan untuk menuntut bayaran pampasan sejak pihak pengurusan menutup operasi syarikat penerbitan akhbar Melayu tertua itu pada 9 Oktober 2019 itu menemui jalan buntu.

Sejak syarikat Utusan Melayu ditutup, sebuah syarikat liquidator iaitu UHY Malaysia diberi tanggungjawab untuk menguruskan penjualan aset-aset syarikat dan membayar segala hutang piutang syarikat, termasuk soal pampasan kepada bekas kakitangannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Utusan Melayu

Kredit foto: Sinar Harian


“Selepas hampir dua tahun menguruskan urusan penjualan aset-aset Utusan Melayu yang bernilai ratusan juta ringgit, UHY hanya berjaya melangsaikan hutang baki dua bulan gaji pekerja dan tunggakan pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sehingga kini, langsung tiada khabar berita mengenai bilakah hutang-hutang lain seperti bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tuntutan perubatan, tunggakan pinjaman bank, insurans, zakat, koperasi, Tabung Haji dan sebagainya diselesaikan.

“Malah UHY juga masih gagal membayar bayaran pampasan pemberhentian wajib yang perlu diselesaikan segera antaranya faedah-faedah statutori seperti bayaran ganti notis, faedah penamatan kerja dan bayaran baki cuti tahunan, walaupun difahamkan beberapa aset utama Utusan Melayu bernilai jutaan ringgit sudah dijual,” kata petisyen itu yang dilancarkan mulai 5 Oktober 2021.

Sehingga kini, lapor Edisi 9, lebih 1,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut sama ada dalam kalangan bekas kakitangan Utusan Melayu mahupun mereka yang simpati dengan nasib pekerja terbabit.



Menurut petisyen tersebut, lebih malang apabila tiada satupun maklumat diberikan kepada bekas kakitangan Utusan Melayu tentang hasil perkembangan pengurusan liquidasi melainkan makluman tidak rasmi bahawa mereka masih gagal menjual aset-aset berkenaan.

“Sehubungan itu, kami bekas kakitangan Utusan Melayu yang diberhentikan melancarkan kempen menandatangani petisyen agar syarikat pelikuidasi UHY Malaysia segera menbayar semua faedah statatutori, termasuk pampasan kepada semua bekas kakitangan.

“Jika gagal, kami mendesak pihak UHY segera menarik diri sebagai syarikat pelikuidasi kerana gagal dalam tugas yang diberikan dan meminta campur tangan kerajaan dan UMNO selaku bekas pemegang saham utama Utusan Melayu untuk menyelesaikan masalah ini,” kata mereka menerusi petisyen tersebut.

Dalam pada itu, Edisi 9 turut melaporkan, pengliquidasi itu juga masih berhutang dengan lebih 800 bekas kakitangan Utusan Melayu yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018.

Mengimbau kenangan dua tahun lalu, pihak pengurusan telah menghentikan operasi penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! ketika itu dengan serta-merta tanpa penjelasan daripada pihak tertinggi.

Malah para kakitangan terdiri juga diberi tempoh beberapa jam untuk mengosongkan meja dan pejabat masing-masing seolah-seolah dihalau begitu sahaja.

Orang ramai juga dipelawa untuk turut sama menandatangani petisyen tersebut menerusi https://www.change.org/ManaPampasan_PekerjaUtusanMelayu sebagai tanda sokongan mereka terhadap tuntutan para kakitangan Utusan Melayu yang teraniaya tersebut. - Edisi 9


10
12
1
8
0

Copy Link: