STATUS daerah Hulu Terengganu yang sebelum ini berada dalam zon hijau sejak penularan pandemik COVID-19 kini bertukar zon merah apabila berlaku penularan yang semakin meningkat di daerah itu sejak kebelakangan ini.

Malah, mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu akan  dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 29 Mei hingga 11 Jun 2021 susulan berlaku peningkatan kes Covid-19 amat ketara dalam masa yang singkat.

Sebelum ini, Hulu Teregganu kekal rekod zon hijau meskipun tujuh daerah lain negeri tersebut kerap bertukar status sejak penularan COVID-19 awal 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hulu Terengganu


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes COVID-19 di kawasan berkenaan dan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di daerah tersebut. 

“Keputusan ini diambil setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” Katanya dalam satu kenyatan pada Khamis 27 Mei 2021.

Katanaya, pelaksanaan PKPD tersebut untuk menyekat pergerakan dan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Sehingga hari ini, katanya, KKM melaporkan sebanyak 37 kes positif telah direkodkan hasil daripada 213 ujian saringan dengan kadar positiviti sebanyak 17.4 peratus.

Pada masa sama, telah berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.



Roslee Chik


Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik tampil membetulkan fakta audio yang tular berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi daerah Kuala Terengganu. 

Katanya, audio yang mengesahkan bandar raya Kuala Terengganu akan dikenakan PKPD sebenarnya tidak betul.

"Setakat ini, belum ada lagi perintah PKPD diputuskan. Apa yang berlaku ialah kita hendak mengurangkan jumlah kenderaan masuk ke bandar yang masih banyak, disebabkan itu banyak sekatan jalan raya yang dilaksanakan," katanya kepada media. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, larangan keluar selepas jam lapan malam perlu difahami dengan betul oleh rakyat.

Sebenarnya,kata Roslee, larangan tersebut adalah bagi sebarang bentuk perniagaan kecuali farmasi dan stesen minyak di laluan utama.

"Tiada sekatan untuk keluar selepas jam lapan malam dan ke atas, tetapi kita galakkan masyarakat duduk di rumah sekiranya tiada apa-apa keperluan bagi mengelakkan penularan pandemik ini menjadi semakin parah," katanya. - KitaReporters


1
1
0
2
0

Copy Link: