AGODA percaya bahawa kunci untuk membuka peluang dalam bidang teknologi baharu seperti teknologi kewangan, realiti lanjutan, metaverse, teknologi kecerdasan buatan (AI), kesalinghubungan satelit dan banyak lagi adalah dengan memanfaatkan bakat yang berwibawa.  

Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut, Agoda mengumumkan kembalinya pertandingan pemprograman global tahunannya, Codegoda. 

Kini dalam tahun ke-4, pertandingan ini telah berkembang menjadi sebuah platform yang memberikan peluang yang sama kepada para pengekod dari pelbagai peringkat umur, latar belakang, jantina dan tahap pengalaman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi digital


“Codegoda mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia direka oleh pengekod untuk pengekod yang lain. 

"Kebebasan dalam cara penyelesaian masalah yang diberikan membolehkan peserta menguji had keupayaan pengekodan mereka. Sama ada anda merupakan profesional yang berpengalaman dalam bidang teknologi atau seseorang yang berminat untuk menceburi bidang yang menarik ini. 

"Codegoda direkacipta untuk memberikan pengalaman yang mencabar untuk semua. Hasil keputusan daripada edisi pertandingan yang lalu telah terbukti dalam membantu pasukan kerja di Agoda untuk mencari penyelesaian dari perspektif yang berbeza,” kata Idan Zalzberg, Ketua Pegawai Teknologi, Agoda. 

“Idea untuk memastikan pertandingan ini terbuka kepada semua adalah dirancang dari awal lagi. Di Agoda, sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan kepakaran, boleh memilih untuk bekerja di dalam bahagian teknologi dan organisasi kami memupuk budaya yang menggalakkan inovasi dan penyelesaian masalah.”

Pertandingan satu pusingan ini bakal berlangsung dari 1:30 petang hingga 10:30 malam ICT (Waktu Indochina) pada 1 April 2023. Peserta akan diberi masa tiga jam untuk menyelesaikan enam masalah algoritma yang mirip isu sebenar yang dihadapi pasukan teknologi Agoda setiap hari. 

Setiap masalah yang dikemukakan tidak terikat kepada satu cara penyelesaian sahaja dan kaedah bebas dalam penyelesaian masalah adalah digalakkan. 

Pengekod boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bahasa pemprograman untuk menyelesaikan isu tersebut. 

Jumlah nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak USD$8750 (hampir RM40k) dan pemenang pertama berpeluang untuk meraih hadiah sebanyak USD$3500 (RM15.7k).



Berikut adalah beberapa panduan untuk hari pertandingan:

Pilih bahasa pemrograman yang membolehkan anda untuk menguji dan mendapatkan penyelesaian dengan cepat. 

Apabila berhadapan dengan isu yang rumit, tangani masalah secara saintifik dan pecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian yang lebih mudah. 

Gunakan contoh kecil untuk memahami corak asas yang kemudiannya boleh digunakan pada penyelesaian yang lebih besar dan lebih kompleks. 

Sehingga kini, pertandingan ini telah disertai lebih daripada 20,000 peserta dari 89 buah pasaran Agoda. 

Pemenang terdahulu telah muncul dari negara Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Jerman dan terdapat sebahagian pemenang yang tidak mempunyai pengalaman kerja teknikal sebelum ini. 

Pertandingan ini membolehkan para peserta menunjukkan kemahiran pemprograman mereka di pentas global, menambah kredibiliti kepada mereka yang ingin melanjutkan kerjaya mereka dalam bidang tersebut. Sebahagian peserta juga turut ditawarkan oleh Agoda untuk mengembangkan kerjaya mereka di syarikat tersebut.

Peserta yang berminat boleh melayari https://codegoda.io/news untuk maklumat lanjut. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
6
0
16
0

Copy Link: