JAWATANKUASA Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perolehan tambahan vaksin Sinovac.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenainya akan dibuat bagi menampung kadar vaksinasi harian yang tinggi pada bulan ini.

Tegas beliau, sebanyak 28,154,280 dos vaksin diterima negara membabitkan Pfizer berjumlah 11,341,980 dos, AstraZeneca (2,412,300 dos) dan Sinovac (14,400,000 dos) sehingga Ahad, 1 Ogos 2021.

"Penghantaran bekalan seterusnya dijadualkan sebanyak 1,800,630 dos vaksin Pfizer sehingga 8 Ogos.

"Kita juga akan menerima sumbangan vaksin Astrazeneca daripada kerajaan United Kingdom (UK) pada minggu ini," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Isnin, 2 Ogos 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: