Gambar hiasan... Mangsa mendakwa terlebih dahulu menerima pesanan WhatsApp dari pegawai polis berpangkat ASP. - Kredit foto: sumber internet


SEORANG pesara tampil membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16,000 pada Julai 2021 selepas ditipu oleh anak saudara yang dia ‘berurusan’ bagi melepaskan anaknya yang ditahan oleh polis atas kesalahan berkaitan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 62, hanya disedari dirinya ditipu selepas dihubungi polis pada 31 Julai 2021 lalu yang memaklumkan anaknya itu akan dihantar ke Simpang Renggam, Johor.

“Terdahulu, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lelaki mendakwa pegawai polis berpangkat Asisten Superitendan (ASP) pada 6 Julai 2021 memaklumkan anaknya ditangkap oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Jerantut.

“Lelaki itu mendakwa boleh membantu lepaskan anak mangsa namun perlu berurusan dengan anak saudaranya berhubung prosedur selanjutnya termasuk perlu menyediakan wang tunai RM16,000.

“Mangsa meminta isterinya membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak empat kali di antara tempoh 17 hingga 25 Julai 2021 ke akaun dikatakan milik ASP berkenaan,” katanya dipetik daripada laporan Bernama, 22 September 2021.

Tambah beliau, selepas menyedarinya dirinya ditipu, mangsa menghubungi anak saudara bagi mendapatkan penjelasan dan meminta wang berkenaan dipulangkan kembali namun tidak diendahkan sehingga 21 September 2021.

Ujarnya lagi, mangsa akhirnya membuat laporan polis di IPD Jerantut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


15
12
0
8
0

Copy Link: