KERAJAAN mempertimbangkan untuk memberi bantuan modal kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut dalam perancangan Kementerian Kewangan (MoF) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan perniagaan yang terkesan boleh dibina semula.

Kerajaan katanya juga mengarahkan bank supaya melonggarkan kemudahan kredit sebagai langkah awal untuk membantu PKS.

“Kami ada dapat rayuan daripada pihak PKS terutama yang mana perlukan bantuan modal. 

"Jadi ini dalam pertimbangan kerajaan. Kementerian Kewangan dan BNM sedang fikirkan bagaimana nak pastikan bahawa perniagaan terkesan ini boleh dibina semula,” katanya pada program Agenda Awani: RMK-12 Asas untuk Memulihkan Negara. - KitaReporters


14
18
0
10
0

Copy Link: