KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan ke atas lebih 2,500 guru yang memilih untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata kementeriannya bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap golongan itu.

"Tindakan yang kita lihat adalah dalam konteks prosedur dan undang-undang perkhidmatan awam.

"Mereka tidak akan dibenarkan mengajar di dalam kelas secara bersemula dan juga akan diasingkan daripada guru lain ketika mereka melaporkan diri ke sekolah," katanya seperti dipetik daripada mStar, Rabu, 15 September 2021.

 Jumlah 2,500 guru sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan hampir 500,000 guru lain di seluruh negara, namun keselamatan pelajar menjadi keutamaan.

"Keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kami. Kami sedang mengkaji tindakan terbaik mengenai perkara ini," katanya lagi.  - KitaReporters


18
12
0
9
0

Copy Link: