Gambar hiasan... Orang ramai diseru tampil derma darah bagi pastikan bekalan sentiasa mencukupi. - Kredit foto:  FB Ustaz Maliaman Kassim-Official


TREND penurunan bilangan penderma darah sejak Mei 2021 amat membimbangkan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan dalam perawatan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengurangan kutipan darah kini begitu ketara terutama di Lembah Klang susulan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

“Penurunan  ini disebabkan faktor kebimbangan terhadap keselamatan sepanjang proses derma darah serta pembatalan program-program kempen derma darah oleh penganjur.

“Setiap minggu, purata darah diperlukan bagi kegunaan pesakit di seluruh negara adalah sebanyak 14,000 beg termasuk Pusat Darah Negara (PDN) yang memerlukan 3,500 hingga 4,000 beg untuk dibekalkan kepada hospital di Lembah Klang.

“Bekalan darah ini untuk bantu pesakit yang memerlukan termasuk pesakit kecemasan yang alami pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan, komplikasi semasa bersalin dan individu jalani pembedahan kritikal serta kompleks.

“Kebelakangan ini pula ramai pesakit Covid-19 terutama yang mempunyai latar belakang penyakit kronik turut memerlukan transfusi darah," katanya dipetik laporan Harian Metro, 1 Ogos 2021.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi pastikan bekalan darah mencukupi dan proses pendermaan selamat sentiasa diutamakan dengan mengikut prosedur operasi standard. KitaReporters


0
0
1
0
0

Copy Link: