Gambar hiasan... Bekalan darah akan turut dibawa dari luar kawasan Lembah Klang susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan. - Kredit foto: FB Noor Hisham Abdullah


Bekalan darah akan turut dibawa dari luar Lembah Klang bagi menampung keperluan di hospital-hospital di sekitar kawasan berkenaan termasuk hospital Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagaimanapun pihaknya masih lagi benarkan penderma darah datang menyumbang kepada hospital di kawasan Lembah Klang yang memerlukan jika berlaku kecemasan.

“Ahli keluarga terutama boleh menderma darah di pusat tabung darah di hospital,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian pada 10 Julai 2021.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sudah serahkan surat kuasa kepada 509 pengamal perubatan swasta bagi benarkan mereka keluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Tambah beliau, pihaknya menerima permohonan dari semasa ke semasa untuk permohonan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Surat kuasa laksanakan HSO iaitu menyerahkan gelang (merah jambu) bagi pesakit dikesan positif dan terus dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah yang diuruskan pusat perubatan swasta terbabit atau dihantar pulang ke rumah dan dipantau," katanya. - KitaReporters


 

 

0
0
1
0
0

Copy Link: