Gambar hiasan… Antara kejadian yang berlaku di Malaysia akibat tekanan emosi ekoran tiada pekerjaan


SEBANYAK 253 panggilan telefon diterima oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) daripada pengguna yang ingin dapatkan bantuan emosi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik laporan Sinar Harian 5 Ogos 2021, Fomca menerusi satu kenyataan memaklumkan antara faktor utama menyumbang masalah gangguan emosi atau tekanan perasaan ialah kewangan, tiada pekerjaan serta hubungan dan isu keluarga.

“Kami menerima pelbagai kisah daripada pengguna yang menghubungi untuk dapatkan bantuan emosi. Sekiranya tidak dikawal dari awal ia boleh membawa kepada kemurungan hingga undang risiko percubaan membunuh diri.

“Terdapat perkhidmatan sokongan bagi bantu individu atau keluarga dapatkan bantuan emosi dan psikologi ketika ini. Antaranya, Perkhidmatan Kesihatan Mental Dan Sokongan (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau 011-63996482, Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 dan KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214.

“Mereka yang alamai tekanan emosi juga boleh hubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 dan Woman’s Aid Organisation di talian 03-3000 8858 atau SMS/WhatsApp 018-9888058,” katanya,

Tambah kenyataan itu, mereka yang alami masalah kewangan boleh dapatkan nasihat mengenai penstrukturan semula hutang dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau berhubung bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi dapatkan bantuan makanan.

Selain itu, untuk pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 waris mereka layak memohon bantuan khas sekali bayar (one-off) sebanyak RM5,000 mengikut syarat-syarat ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). KitaReporters


 

 

0
0
1
0
0

Copy Link: