Antara dadah jenis heroin dan pil kuda yang dirampas oleh polis di sebuah rumah di  Pasir Mas. Kredit foto: NSTP


POLIS menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah bernilai lebih RM2.09 juta di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Pasir Mas dalam satu serbuan jam pada 1.20 tengah hari, 8 Ogos 2021.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata terdahulu pihaknya menahan suspek lelaki berusia 27 tahun di tepi jalan yang kemudiannya dibawa ke rumah tidak jauh dari lokasi penahanan.

“Tiba di rumah, terdapat seorang wanita warga Thailand berusia 23 tahun yang juga isteri suspek. Hasil pemeriksaan, polis temui barang dipercayai dadah berasaskan jenis heroin dan pil kuda dalam bungkusan serta beg di salah sebuah bilik.

“Pasangan suami isteri berkenaan ditahan, dadah ditemui dirampas manakala sebuah kereta jenis Proton Satria serta motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz turut disita.

“Kedua-dua suspek ditahan selama tujuh hari untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya dipetik daripada Harian Metro, 11 Ogos 2021. 

Tambah beliau, tangkapan itu hasil kerjasama anggota daripada Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Ujar beliau lagi, pasangan tersebut turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan wanita berkenaan juga mempunyai dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh. KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: