Gambar hiasan... Perlis perketatkan SOP imarah masjid susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. - Kredit foto: bujangmasjid.blogspot.com


INDIVIDU yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri termasuk ahli keluarga tinggal bersama tidak dibenarkan hadir ke masjid di Perlis walaupun mereka telah melengkapkan dos suntikan Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah langkah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengimarahan masjid itu dibuat ekoran pertambahan jumlah kes Covid-19 di negeri itu.

Titah baginda, hanya jemaah terdiri daripada anak kariah berusia antara 12 hingga 52 tahun sahaja dibenarkan hadir ke masjid, manakala mereka yang berusia 60 tahun ke atas dibenarkan sekiranya telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Larangan turut dilakukan ke atas mereka yang berstatus Individu Bawah Siasatan (PUI) , Individu Bawah Pengawasan (PUS) dan memiliki risiko untuk dijangkiti.

“Semua jemaah perlu patuhi SOP keselamatan dan kesihatan telah ditetapkan,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pelis (MAIPs) dilaporkan Bernama, 30 Julai 2021.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs turut bertitah, SOP pengimarahan masjid di Kuala Perlis turut diperketatkan dengan tempoh azan hingga selesai solat Jumaat selama 20 minit sahaja manakala bermula iqamah dan waktu bersurai bagi solat fardu adalah 15 minit. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: