PADA 21 April lalu, tular dalam media sosial mengenai kematian Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd. Anuar Tahir yang dinafikan sendiri oleh beliau dengan nada yang terkejut. : KitaReporters.com

Berita tular mengenai keadaan kesihatan Datuk Mohd. Anuar Tahir


Kini selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu dipercayai akibat minor strok, sekali lagi tular menyatakan Mohd. Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh kini sudah tidak mampu menjalankan tugas kerana mengalami simptom hilang ingatan. 

Penularan berita itu mencetuskan kegemparan sehingga timbul pelbagai persepsi dan pandangan mengenai bakal berlakunya sekali lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di negara ini. 

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail berkata, penularan berita itu amat tidak bermoral dan  tidak benar sama sekali kerana Mohd. Anuar dalam fasa pemulihan yang baik dan dijangka keluar dalam masa terdekat.

"Kita telah dikejutkan tular yang mengatakan  beliau tidak sihat dan tidak boleh mengenali orang, itu sebenarnya satu kerja yang saya rasa sangat tidak bermoral.

"Sesungguhnya saya telah melawat beliau dalam dua hari lepas, Alhamdulillah beliau sedang dalam proses pemulihan dan beliau sedang diberi pemulihan dalam aktiviti fisioterapi dan semakin pulih," katanya di Temerloh hari ini (Selasa, 19/11/2019).

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail


Baru-baru ini tular dalam media sosial menyatakan Mohd. Anuar mengalami simptom hilang ingatan yang kritikal dan tidak mampu menjalankan tugas.

Menurutnya, berdasarkan daripada apa yang dimaklumkan, doktor menyatakan Mohd. Anuar semakin pulih dan dijangka keluar dari wad dalam tempoh terdekat.

"Pemulihan telah berlaku beliau tidak perlu melalui proses pembedahan. Insya-Allah beliau boleh keluar wad dalam masa terdekat, kita doakan bersama semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas," ujarnya. - Kitareporters.com

2
1
3
2
0

Copy Link: