Gambar hiasan… Pemberian subsidi haji kepada jemaah di negara ini akan diteruskan oleh kerajaan. - Kredit foto: shutterstock.com


KERAJAAN akan meneruskan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini yang menunaikan ibadah haji  walaupun kos ibadah itu dijangka meningkat ekoran kadar cukai yang dinaikkan kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pemberian subsidi berkenaan akan mengekalkan kadar peratusan telah diberikan sebelum ini.

“Kos haji sebenar belum diputuskan kerajaan setakat ini dan ia mungkin meningkat berikutan kerajaan Arab Saudi telah menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus.

“Peningkatan VAT ini susulan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk bilangan jemaah yang terpaksa dihadkan disebabkan penularan pandemik Covid-19,” katanya dipetik laporan Kosmo, 18 September 2021.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut memberitahu kerajaan akan memaklumkan kepada bakal jemaah lebih awal jika kos haji meningkat.

Ujarnya lagi, kerajaan akan berusaha memastikan peningkatan kos haji tidak membebankan bakal jemaah walaupun dijangka meningkat kepada RM30,000 berbanding RM24,000 sebelum ini.

“Hasil pemberian subsidi haji oleh kerajaan sebelum ini, jemaah hanya perlu membayar RM9,900 sahaja. Kerajaan menanggung subsidi haji berjumlah hampir RM400 juta hingga RM500 juta setahun,” ujarnya. KitaReporters


13
17
0
19
0

Copy Link: